Pucat Lesi Ketaakutan Dikejar Anjing Liar,Adik Ni Sanggup Panjat Masuk Kereta Orang Ikot Tingkap

Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dikejar anjing, pasti faham betapa takutnya perasaan itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menyela matkan diri.

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak lelaki yang videonya tular di laman sosi al apabila berdepan situasi sama.

Video detik ce mas tetapi melucukan yang sempat dirakam oleh jirannya jelas menunjukkan betapa wajah kanak-kanak tersebut pu cat kerana keta kutan sambil berusaha menye lamatkan diri daripada dikejar seekor anjing di sebuah kawasan perumahan.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada petang Ahad lalu, Norasmah Hasbullah berkata dia sedang menunggu sua minya di dalam kereta yang ketika itu keluar membuka pagar rumah selepas pulang dari membeli barang keperluan harian.

“Tengah menunggu, tiba-tiba ada budak laju kayuh basikal menuju rumah saya sebab pintu pagar rumah kami terbuka. Dengan basikal pun dia parking dalam pagar rumah saya.

“Dia tak sedar saya ada di dalam kereta. Bila saya je rit panggil nama dia dari dalam kereta, sekali lagi dia terke jut sambil urut da da dan datang tepi tingkap kereta.

“Saya suruh dia ambil basikalnya tapi dia kata tak nak… tak nak… anjing ke jar saya, anjing coklat katanyaSedang saya bercakap dengan dia dan rakam situasi tu, dengan tidak semena-mena, dia terus lompat masuk kereta menerusi tingkap yang terbuka,” cerita Norasmah kepada mStar.

Muhamad Harris terlebih dahulu ‘mence ro boh’ masuk ke dalam rumah jirannya sebelum menerpa masuk kereta Norasmah melalui tingkap.

Norasmah yang juga pemandu van sekolah berkata, dia sekadar merakam video itu kerana lucu melihat gelagat kanak-kanak berkenaan, Muhamad Harris, lapan tahun yang sedang keta kutan dan menggelabah.

Malah, menerusi video tular itu juga dapat dilihat Muhamad Haris memeluk ‘seat’ kereta dan enggan keluar walaupun disuruh oleh Norasmah.

“Kanak-kanak itu anak jiran saya, dia anak ya tim dan tinggal di lorong belakang rumah saya di Taman Seri Austin, Johor Bahru. Dia pun naik van sekolah yang saya pandu, saya pula kaki menya kat.

“Saya rekod dan hanya berkongsi dalam group WhatsApp keluarga sahaja. Anak buah saya, Infitah Natasya yang kongsi dan kemudian pensyarahnya, Dr Istajib Mokhtar turut berkongsi di Twitter beliau,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Tweet yang dikongsi pensyarah anak saudara Norasmah.

Tambah Norasmah, selepas kejadian itu, dia kerap menya kat Muhammad Harris dan sehingga kini kanak-kanak berusia lapan tahun itu masih trau ma dengan kejadian itu.

“Bila tanya dia kenapa tak kayuh basikal ronda-ronda lagi, dia kata dia serik. Takut dikejar anjing lagi,” ujarnya.

Sehingga kini video yang dikongsi di akaun Twitter @Istajib_Mokhtar itu diulang kicau sebanyak 5,600 kali dan mendapat lebih 3,000 tanda suka.

Video :

CUAK DI KEJAR ANJING!

Adik ini takut anjing. Tengok muka pun nampak cuaknya. Tak fikir panjang terus masuk (melalui tingkap pintu) kereta seorang mak cik yang tak dikenali. Mak cik tu pun rajin menyakat…Source: Istajib Mokhtar (Twitter)

Posted by Viral.my on Friday, 6 September 2019

Komen netizen :

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Pucat Lesi Ketaakutan Dikejar Anjing Liar,Adik Ni Sanggup Panjat Masuk Kereta Orang Ikot Tingkap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*