(Video) ‘Wonderkid’ Yang Berusia 5 Tahun Disambar JDT, Bakal Jadi Bintang Dan Pemain Termuda Malaysia

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bakal menjadi pemain termuda dalam sejarah bola sepak Malaysia yang diserap menyertai kelab sejurus mengikat kontrak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama lagi.

Pengarah Teknikal Kelab, Alistair Edwards mengumumkan pasukan itu akan menyerap pemain muda itu, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah selepas menerima keizinan ibu bapanya.

“Dia sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

“Ini merupakan sebahagian pelan jangka panjang kelab yang mana bakat muda seperti Tengku Sulaiman diberi peluang untuk mengembangkan bakat mereka dengan fasiliti lengkap di JDT, yang mana kita juga berkoloborasi dengan kelab luar.

Edwads berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Mereka turut memuat naik video berdurasi 57 saat yang memaparkan kebolehan Tengku Sulaiman termasuklah membuat sepakan percuma. – The Star.

Petikan Dari FB Page Johor Souththen Tiger

Saya sukacita ingin mengumumkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani seorang pemain cilik berbakat besar, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang berumur 5 tahun atas persetujuan kedua ibu bapanya. Beliau sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab di mana pemain-pemain cilik berbakat besar seperti Tengku Sulaiman ini sentiasa mendapat peluang untuk memperkembangkan karier di dalam kelab yang mempunyai prasarana selengkap JDT dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Saya sukacita ingin mengumumkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani seorang pemain cilik berbakat besar, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang berumur 5 tahun atas persetujuan kedua ibu bapanya. Beliau sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab di mana pemain-pemain cilik berbakat besar seperti Tengku Sulaiman ini sentiasa mendapat peluang untuk memperkembangkan karier di dalam kelab yang mempunyai prasarana selengkap JDT dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara.Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim—I am delighted to announce that Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will be signing highly talented youngster Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah, who is 5 years old, after receiving parental consent. He previously played for TSS Selangor Elite FC.This is part of the club's long-term plan where talented youngsters such as Tengku Sulaiman get opportunities to develop their career at a club with facilities as complete as JDT and has collaborations with foreign clubs.Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical DirectorHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 4 September 2019

 

Sumber: FB Johor Southen Tiger & mstar

JDT Bakal Menandatangani ‘Wonderkid’ Yang Berusia 5 Tahun

Juara liga super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bakal mengikat kontrak dengan seorang pemain muda yang berbakat besar dalam sukan bola sepak. Menurut kenyataan daripada pengarah teknikal kelab tersebut, Alistair Edwards, bakat pemain itu dikesan ketika sedang beraksi dalam satu kejohanan bawah umur.

 

“Saya sukacita ingin mengumumkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani seorang pemain cilik berbakat besar, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang berumur 5 tahun atas persetujuan kedua ibu bapanya. Beliau sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

“Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab di mana pemain-pemain cilik berbakat besar seperti Tengku Sulaiman ini sentiasa mendapat peluang untuk memperkembangkan karier di dalam kelab yang mempunyai prasarana selengkap JDT dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara,” katanya.

Difahamkan Tengku Sulaiman Shakirinal merupakan cucu saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Malah, beliau juga turut berkongsi rakaman video aksi ‘wonderkid’ tersebut di laman twitter miliknya.

antara 5 gol oleh cucu saudara saya Sulaiman … bakal jadi Beckham Maradona Ronaldo …. Tok Jing2 doakan ! – Tunku Azizah

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1169426058149429249

Apa dilakukan oleh JDT adalah sesuatu yang perlu dipuji kerana mereka sudah mula mengambil serius terhadap pembangunan akar umbi. Di eropah, setiap kelab ternama sudah memiliki pasukan seawal usia kanak-kanak dari akademi masing-masing.

Pelaburan mereka dalam program pembangunan adalah untuk menjadikan pemain profesional untuk kegunaan kelab, atau pun menghasilkan pemain untuk dieksport keluar. Sekiranya kelab-kelab di Malaysia mula memberikan pendedahan sewajarnya untuk bakat-bakat muda yang mereka miliki, hasilnya pasti akan lumayan di kemudian hari.

SUMBER

Be the first to comment on "(Video) ‘Wonderkid’ Yang Berusia 5 Tahun Disambar JDT, Bakal Jadi Bintang Dan Pemain Termuda Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*