Issey buat pengumuman penting, dah lama tunggu saat ni, kenalkan gadis yang jadi pelengkap hidup Issey

Bagai pinang dibelah dua, itulah yang dapat digambarkan antara penyampai radio terkenal Fara Fauzana atau lebih dikenali Fafau dan Issey dari Suria FM. Baru-baru ini, Fafau telah kembali ke konti yang bersiaran menerusi slot Team Pagi Suria bersama dengan rakan penyampai Issey dan Fizi Ali.

Pagi ini, Issey telah memuat naik satu fotonya bersama Fafau yang mengundang persoalan peminat mereka berdua. “Dah lama tunggu saat ni, hari ni baru saya nak kongsikan. Kenalkan gais. Pelengkap hidup issey,” tulisnya. Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya orang ramai, apakah yang ingin disampaikan oleh pelakon dan pelawak itu.

Komen warganet: Rata-rata peminat dan rakan selebriti meninggalkan komen yang rata-rata mendoakan mereka supaya berjodohan malah Fafau sendiri turut memberi reaksi pada posting berkenaan. Kita doakan yang baik-baik sahaja! Dua-dua pun masih belum berpunya.

Kalau dah jodoh, tak kemana, nanti bolehlah tema resepsi ala-ala dekat konti gitu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! like n share Facebook page kami. Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Izzey Fazlisham via videoviral.co

“Cinta untuk lelaki masih dalam proses mencari” – Fara Fauzana nafi dilamar dan bakal berkahwin

Fara masih belum bertemu pasangan untuk berkahwin. PENGACARA Fara Fauzana menafikan ada menerima lamaran daripada mana-mana lelaki seperti komen yang ditulis seorang rakan baiknya di laman Instagram baru-baru ini. Menurut Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 39, perkongsian rakannya itu sekadar ingin gurauan dan dianggap sebagai satu doa buatnya.

“Cinta saya sekarang hanya pada Allah SWT, manakala cinta buat seorang lelaki belum ditemui dan masih dalam proses mencari. “Jadi, memang agak terkejut juga saya apabila ditanya mengenai lamaran ini. Ingatkan main-main dan sekadar bergurau sahaja.

Fara anggap rakannya sekadar ingin bergurau.“Dia sekadar bergurau tulis saya sudah ‘disunting’. Tapi tak apa, kerana pada saya itu adalah satu doa dan masih ramai yang mendoakan saya untuk bertemu jodoh,” katanya kepada mStar. Fara diminta mengulas

mengenai perkongsian dibuat seorang teman baiknya di Instagram yang mengatakan bekas penyampai radio itu sudah dilamar seseorang jejaka. Bagaimanapun, Fara berkata dia melihat semua soalan berkaitan jodoh dari sudut positif dan menyifatkan ia sebagai doa.

Fara berterima kasih kepada semua yang mendoakannya. “Saya berpegang pada kata-kata itu adalah doa. Bagi saya, pertanyaan yang sama itu sebagai doa untuk saya bertemu jodoh. “Malah saya yakin, sekiranya ada jodoh buat saya pasti masanya akan sampai juga. Terima kasih, terus doakan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, hasrat Fara untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada 17 September 2016 tidak kesampaian apabila majlis perkahwinannya dibatalkan .Kata Fara, keputusan membatalkan perkahwinannya itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Keputusan Amat Sukar, Fara Fauzana Batal Kahwin

PETALING JAYA: Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan. Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Ahad.

Jelas Fara keputusan itu adalah sesuatu yang sukar  baginya. Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.

Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. “Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. “Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya.

Sumber Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Issey buat pengumuman penting, dah lama tunggu saat ni, kenalkan gadis yang jadi pelengkap hidup Issey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*