Rihana Petra Makin ‘Menjadi-jadi’, Kini Mahu Bertemu Bonda Sultan Kelantan Pulak? Kenapa Jadi Macam Ni Ni ??

0
790

Nampaknya isu pencer4ian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko masih tak kebah-kebah daripada pelbagai kontr0versi.

Terbaru hari ini, bekas ratu cantik tersebut telah memuat naik posting terbaru di Instagram mengenai kisah rumah tangganya sekali lagi. Kali ini pula melibatkan bagaimana dia mengenali Islam melalui bekas suami, baginda Sultan Kelantan.

 

“Ketika kami tiba di Malaysia, suami saya berdiri di hadapan saya dengan pakaian yang saya tak pernah lihat…. tiba-tiba dia membentangkan sejadah”

Menurut Rihana, sejak daripada pertama kali dia berkenalan dengan Sultan Muhammad V, dia sudah mula rasa yakin yang baginda lah bakal menjadi bapa kepada anak-anaknya.

Namun Rihana agak pelik apabila dia berkunjung ke Malaysia, suaminya mula membentangkan sejadah dan bersolat. Kemudian dia mendakwa baginda telah berjanji dengannya untuk mengajar tentang Islam satu hari nanti.

View this post on Instagram

Kisah berkenalan kami. Bahagian 3: Sejak pertama kali saya lihat suami saya, saya tak tahu kenapa tapi dalam fikiran saya, saya yakin dia adalah bapa kepada anak-anak saya dimasa depan. Tapi ketika itu, saya cepat-cepat buang perasaan tu sebab masih terlalu awal. Sebelum suami saya pulang ke Malaysia, saya ada bertanya sama ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak – dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai pada tahun 2015 kerana bekas isterinya dari Czech Republic telah berbohong bahawa wanita itu tidak mempuntai ikatan perkahwinan dan mengikut dokumen yang ada, wanita itu tidak bercerai dinegaranya pada waktu itu. Suami saya berkongsi bahawa wanita itu selalu menggunakannya bagi mendapatkan wang dan bukannya berusaha mendapatkan zuriat. Suami saya memberitahu, dia tidak pernah mempunyai anak dan itulah impian terbesar dalam hidupnya. Ketika kami tiba di Malaysia, suami saya berdiri di hadapan saya dengan pakaian yang saya tak pernah lihat iaitu tradisional Melayu, saya sempat bertanya kenapa dia pakaiannya kelihatan pelik, tiba-tiba dia membentangkan sejadah untuk solat dan sesudah itu dia berdoa. Itu kali pertama saya lihat orang Islam solat. Selepas suami saya selesai solat, dia saya memberitahu satu hari nanti dia akan mengajar saya segala-galanya mengenai Islam. Bersambung lagi…

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

“Beri saya alamat istana” – Rihana

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ada di antaranya menyuruh Rihana untuk berhenti daripada menceritakan kisah tersebut lagi kerana mereka sudah pun bercer4i.

Namun Rihana kemudian bagaikan tidak puas hati dengan komen netizen telah meminta mereka memberikannya alamat Istana Kelantan.

Menurut Rihana, dia ingin bertemu dengan bonda Sultan Kelantan, Tengku Anis kerana dia belum pernah diperkenalkan lagi dengan baginda. Pulakk??

“Gil4 tal4k ke dia ni?”

Disebabkan tindakan Rihana ini, ramai menyifatkannya sebagai ‘kurang betul’ dan ‘gil4 tal4k’. Aduhai…

Apa-apapun admin harap netizen janganlah memburukkan lagi keadaan dengan meninggalkan komen bukan-bukan di Instagram Rihana. Kita tengok dan lihat apa yang berlaku saja lepas ni.

sumber: lobakmerah

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here