Kelibat Seorang Pemuda Misteri Ketika Majlis penge.bumian anak Dari Awal Hingga Selesai Penge.bumian,Bila Disiasat Rupanya Dia Seorang

Sedihnya hati kami mendengar perkongsian dari Hanapi Jusoh dimana seorang pemuda berhati mulia hadir ke pengke bumian anaknya.

Siapa kita untuk menghakimi baik dan buruknya seseorang, seperti kisah yang dikongsikan Hanapi Jusoh mengenai kelibat seorang pemuda misteri ketika majlis penge bumian anaknya.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah, pemuda itu bertungkus lumus membantu urusan penge bumian anaknya meskipun pemuda tersebut bukan ahli keluarga mereka.

Pada awalnya, lelaki ini bertungkus lumus membantu semadikan jenzah namun ramai yang mempersoalkan ‘identiti’ lelaki tersebut. Apabila ditanya rupanya..

Alhamdullillah jenzah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi semalam pada jam 12 tengahari. Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

Semalam, ketika bersedia untuk solat jenzah ke atas ja sad Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kuburan..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jenzah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh. Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir.

Lalu ayah Alif menegurnya. “Encik dari mana..kawan Alif ke..sebab tak pernah tengok.

“Pakcik, sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di Hospital. Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif. Saya minta maaf banyak-banyak..saya dah lakukan yang terbaik..Allah lebih sayangkan dia..dia muda lagi tak ada dosa..saya tak ada kuasa..Allah maha kuasa..saya doktor pun akan m4ti..” Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat. Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pesakitnya. “dok apa lah doktor. Kita redha blake doh..doktor buat yang terbaik doh”.

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta. Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata : “Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya. Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya.

Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya. Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Rata-rata netizen memuji perilaku baik yang ditunjukkan doktor muda berkenaan malah ia wajar dicontohi anak-anak muda zaman kini.

Setelah diselidik namanya Bazli Azli dan merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu.



Sumber : Hanapi Jusoh / lobakmerah / memorikini

Be the first to comment on "Kelibat Seorang Pemuda Misteri Ketika Majlis penge.bumian anak Dari Awal Hingga Selesai Penge.bumian,Bila Disiasat Rupanya Dia Seorang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*