Air Mata Anak Dan Isteri Iringi Pengebbumian Mejar Zahir Armaya Buat Rmaai Turut Rasa Sebakkk

Sejak semalam, berita mengenai pemergian Mejar Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak terkenal Tanah Air, AR Badul telah menjadi tajuk utama portal-portal media dan juga akhbar.

Pemergiannya yang berpunca daripada tertembak semasa melakukan demonstrasi ketika pertunjukkan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah benar-benar mengejutkan seluruh keluarga dan teman rapat.

Selamat dikebumikan

Allahyarham telah dilaporkan meninggal dunia kira-kira 9.20 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan jenazahnya telah dibawa ke Tambun, Perak pada jam 2.43 pagi tadi untuk dikebumikan selepas subuh.

Suasana sayu dan tenang telah mengiringi jenazah allahyarham yang disemadikan dengan penghormatan daripada anggota tentera.

Menerusi Utusan Online, jenazah allahyarham telah pun selamat disemadikan sebentar tadi dalam diiringi hujan renyai di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh.

Menerusi rakaman secara siaran langsung itu juga turut kelihatan isteri serta bapa kepada Mejar Zahir iaitu AR Badul. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Air Mata Anak Dan Isteri Iringi Pengebbumian Mejar Zahir Armaya Buat Rmaai Turut Rasa Sebakkk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*