Anak Arwah Mejar Zahir Berlari Ke Sudut Masjid, Soalan Yang Dikeluarkan Oleh Anak Sulung Arwah Buat Ramai Rasa Sebak

PEMERGIAN seorang bapa pastinya memberi kesan paling mendalam terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil.

Begitulah perasaan dilalui anak kepada Pegawai Pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkor ban ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada pagi Rabu.

Malah penularan video dan gambar-gambar bapanya di media sosial ternyata menimbulkan 1,001 tanda tanya kepada anak Allahyarham yang masih tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku.

Menerusi perkongsian Murni Clarkson di Facebooknya, dia bercerita mengenai impak penularan video membabitkan pegawai komando itu kepada anak sulung Allahyarham yang disaksikannya sendiri pada malam Rabu.

Perkongsian Murni menjadi tular di Facebook.

Jelas wanita itu, semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jen4zah Mohd Zahir, anak sulungnya berlari ke sudut dan menangis.

Beliau menganggap anak sekecil itu faham tentang kem4tian, tetapi tidak lama selepas tu anak sulung arwah bersuara:

“Kenapa orang tu bunuh papa?, kenapa dia tembak papa?, siapa orang yang t3mbak papa?, saya nak cari orang yang t3mbak papa…”.

Susulan itu, ibu dan beberapa isteri pegawai tentera lain segera menenangkannya sambil memaklumkan kejadian berlaku ketika bapanya menjalani latihan dan pen3mbak terbabit tidak sengaja.

Mendengar kata-kata itu, anak sulung arwah balas dengan pertanyaan: “Jadi papa boleh hidup balik?”

Tulisnya lagi, ternyata apa yang disuarakan menunjukkan anak kecil ini menganggap latihan tidak sepatutnya meragut ny4wa.

Pelakon pelakon popular A R Badul yang juga bapa kepada Mohd Zahir sebak semasa majlis pengebumian anaknya. Foto RONNIE CHIN/THE STAR

“Dia tak sepatutnya melihat kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video-video kem4langan seolah-olah mengejar trofi pelbagai pihak.

“Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga m4ngsa. Mental trauma ini blh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak,” katanya.

Susulan itu, wanita tersebut meminta orang ramai supaya membuang video tersebut bagi menghormati keluarga m4ngsa.

You won’t see the adverse effects until it happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut.

“Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Ahli keluarga hadir untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh pagi Khamis. Foto BERNAMA

Jenazah Mohd Zahir dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh pagi Khamis.

Mohd Zahir terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi pada 8.40 pagi Rabu.

Beliau disahkan mening gal dunia pada pukul 9.20 pagi ketika dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sumber: Mstar Online

Be the first to comment on "Anak Arwah Mejar Zahir Berlari Ke Sudut Masjid, Soalan Yang Dikeluarkan Oleh Anak Sulung Arwah Buat Ramai Rasa Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*