Selepas Nabila terkejut, Sharnaaz dedah siapa yg mulakan dulu

Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, meminta isterinya, N0or Nabila Mohd N0or, 35, menjadi matang dan tidak memberikan lagi kenyataan berhubung proses penc3raian mereka.

Sharnaaz berkata, dia bimbang masalah itu bertambah keruh sekali gus memberi kesan terhadap anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang berusia setahun.

” Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penc3raian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu berc3rai).

” Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh.

” Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Jika penc3raian yang dimahukan N0or Nabila, Sharnaaz memberitahu dia reda dengan ketentuan Ilahi biarpun ia bukan permintaannya.

N0or Nabila dalam kenyataan hari ini menegaskan keputusan untuk berpisah dicapai secara persetujuan bersama selepas usaha memperbaiki hubungan mereka menemui kegagalan.

” Saya terkejut dengan kenyataan Sharnaaz (sebelum ini) seolah-olah dia tidak menjangkakan permohonan c3rai, sedangkan kami bersetuju berc3rai secara baik, aman dan damai,” katanya.

N0or Nabila sebelum ini memfailkan penc3raian terhadap Sharnaaz selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media.

Terdahulu, kakak kepada Neelofa itu mengakui menerima surat perjanjian c3rai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan peguam pelakon itu turut mengirimkan butiran sama menerusi e-mel.

“ Saya menerima surat perjanjian c3rai daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu dan dia meletakkan beberapa terma penc3raian. Selepas berbincang dengan peguam, kami (saya dan peguam) bersetuju memfailkan kes di mahkamah pada 27 Ogos,” katanya.

Krisis rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian, hujung bulan lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya N0or Nabila memfailkan penc3raian terhadap pelakon berkenaan.

N0or Nabila yang berkahwin pada 31 Mac 2017 sebelum ini memuat naik sekeping foto dipercayai di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Instagram Story miliknya.

Sabtu lalu N0or Nabila Mohd N0or, 35, mengesahkan dia sudah memfailkan penc3raian terhadap suaminya.

Bagaimanapun, Nabila yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa enggan mengulas lanjut perkara itu.

“ Saya mengesahkan sudah memfailkan penc3raian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Nabila berkata, paling penting buat masa ini adalah masa depan anak mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.

“ Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya

Sementara itu Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad pula berkata, dia reda jika penc3raian adalah jalan terbaik buat mereka.

“ Saya okey dan percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Apa yang penting sekarang, fokus kami terhadap anak, Jebat Jayden,” kata pelakon popular, Sharnaaz Ahmad mengenai keputusan dibuat isterinya, N0or Nabila Mohd N0or yang sudah memfailkan penc3raian.

Sharnaaz berkata, dia cukup matang untuk berdepan situasi itu.

“ Memandangkan dia sudah failkan penc3raian, jadi nak cakap apa lagi. Saya ikut saja. Apa yang pasti, saya takkan bercakap buruk mengenai perkara ini. Lagipun, Nabila adalah ibu kepada anak kami.

“ Walaupun saya bukan jenis yang berkongsi mengenai kisah peribadi, tapi saya akur dan perlu bersikap matang kerana ia sudah di bawah ke peringkat mahkamah,” katanya.

p/s: Semoga ursan rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan media
kami doakan urusan mereka dipermudahkan

Sumber : hmetro via hereafter viral gempak

Be the first to comment on "Selepas Nabila terkejut, Sharnaaz dedah siapa yg mulakan dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*