Ini Komen AR Badul Tentang Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Yang Ketika Demostrasi Tentera

MEJAR Mohd Zahir Armaya disahkan mening gal dunia selepas tertem bak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.

Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.

Ketika kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang dit3mbak m4ti oleh anggota tentera.

Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran d4rah.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan mening gal dunia.

Ar Badul Reda Dengan Takdir

“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahy4rham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang mening gal dunia selepas tert3mbak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini.

“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan temb4kan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya.

Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko ny4wa tetapi insiden kem4tian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.

Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "Ini Komen AR Badul Tentang Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Yang Ketika Demostrasi Tentera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*