Memang Sporting Habiss Lah Tunku Azizah Ni, Steady Je Bawak Lagu JUJUR Dari Kumpulan RADJA… Live Band Lagi Tu!

SELAIN sifat kasih dan prihatin kepada rakyat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali kerana kehandalannya di dapur.

Sebutlah apa sahaja masakan tidak kira masakan Melayu, Barat, Timur Tengah dan pelbagai lagi, semuanya mudah sahaja bagi isteri kepada Sultan kita  (Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah) itu memasaknya.

Selain itu ramai yang tidak tahu Tunku Azizah juga mempunyai bakat menyanyi. Bukan nyanyi karaoke ye, menyanyi LIVE Band lagi!. Bukan senang nak menyanyi ikut Live Band ni. Tetapi Tunku Azizah selamba je.

Seperti yang di lihat pada rakaman video yang di letakkan dalam Instagram Kemsalleh #tengkupuanpahang, Tunku Azizah membawakan lagu Jujur dari band terkenal Indonesia Radja.

Walaupun Video ini sudah lama di post pada Instagram tersebut tetapi bagi yang belum melihat bakat terpendam Tunku Azizah bolehlah menonton videonya yang kami sertakan di bawah ni.

Ramai Follower Instagram tersebut yang memuji Tunku Azizah sebagai seorang humble, sporting dan sempoi seperti dipetik dari Instagramnya.

Tidak dipastikan majlis apa yang di hadiri oleh Raja Permaisuri Agong itu tetapi kelihatan di dalam video ada beberapa artis yang menyanyi bersama seperti Umie Aida dan beberapa orang lagi.

Semoga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah senantiasa sihat walafiat hendaknya dan sentiasa menjadi seorang yang humble serta sporting!..

Tonton Video Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah menyanyi Live Di Bawah

"Memang Humble & Sporting Lah Tengku Puan Pahang Ni.." – Rilex Je Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA…

"Memang Humble & Sporting Lah Tengku Puan Pahang Ni.." – Rilex Je Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA…

Posted by Viral Kami Video on Wednesday, 19 September 2018

SUMBER

Be the first to comment on "Memang Sporting Habiss Lah Tunku Azizah Ni, Steady Je Bawak Lagu JUJUR Dari Kumpulan RADJA… Live Band Lagi Tu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*