“Kami Bersetuju Untuk Bercerai Selepas Usaha Membaik Pulih Perkahwinan Tidak Berjaya,” – Nabila – Media Hiburan

Noor Nabila Mohd Noor menegaskan keputusannya untuk berpisah bersama suami, pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan hasil persetujuan secara bersama selepas usaha untuk memperbaiki hubungan sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.

Kakak kepada Neelofa itu pada masa sama turut akui rasa terkejut dengan kenyataan balas Sharnaaz sebelum ini.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.

“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Pada masa sama, Nabila turut menambah dia  ada menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.

“Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

“Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan sikap panas baran suami selain kewujudan orang ketiga dalam hidup lelaki itu sebagai punca mereka bertindak demikian, ini reaksi Nabila;

“Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu,” jelasnya ringkas.

Baru-baru ini, Nabila didakwa telah pun memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas gosip mengenai perkara itu diperkatakan ramai.

Malah, perkongsian sekeping foto dipercayai diambil dari Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story milik Nabila turut menjadi perhatian.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, setahun.

View this post on Instagram

Ikuti penjelasannya. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Nabila

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Kami Bersetuju Untuk Bercerai Selepas Usaha Membaik Pulih Perkahwinan Tidak Berjaya,” – Nabila – Media Hiburan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*