Tiada Masalah Kesuburan, Nabila Huda Ingin Tambah Anak Dalam Masa Terdekat | Artikel | Gempak

Aktres Nabila Huda mendedahkan sudah melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian punca dirinya belum dikurniakan rezeki anak.

Kata Nabila, dirinya dan suami, Mohd Izwan Johar tidak mempunyai sebarang masalah, justeru mereka ingin mencuba alternatif lain.

“Saya dan suami tidak pernah merancang dan setiap bulan kami mencuba, cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. 

“Kami juga dah pergi buat ‘check up’ dan kami berdua masing-masing tiada masalah. Mungkin untuk alternatif lain saya ingin cuba rawatan mengurut selepas ini.

“Kalau diberikan rezeki anak, saya rasa memang dia akan jadi lelaki paling gembira dalam dunia,” katanya kepada Gempak.

Nabila ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di Damansara baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Munafik ini, dia akui berasa sedih kerana belum mampu untuk hamil walaupun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

“Ada ketikanya saya rasa sedih tak dapat bagi dia zuriat tapi dia pula yang okay, sentiasa menenangkan saya dan dia memang sangat penyabar orangnya. 

“Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Selain Nabila, filem Wangi turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir, Nik Adam Mika dan Ruminah Sidek.

Filem arahan Mohd Latiff Zam ini bakal ditayangkan mulai 5 September akan datang.

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Tiada Masalah Kesuburan, Nabila Huda Ingin Tambah Anak Dalam Masa Terdekat | Artikel | Gempak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*