Dikecaam Teruuk Gara Gara Beri Bayi 3 Bulan Minum Air Kosong, Ini Dia Buktikan Kenapa Dia Berani Beri Bayi Air Kosong

Selepas dikecam kerana memberi air kosong kepada bayinya yang baru berusia tiga bulan, penyanyi Nourul Depp tampil dengan penjelasan dari seorang doktor yang merupakan pakar kanak-kanak.

Video Nourul Depp Tentang Air Kosong Dengan Doktor Di Bawah Artikel

Menurut Nourul, dia dinasihatkan oleh doktor supaya memberi air kepda bayi selama memberi susu ibu dalam tempoh enam bulan.

“Seperti yang dijanjikan! Interview kami bersmaa doktor pakar kanak kanak. Dr Choy Yiew Sing doktor pakar kanak-kanak yang sempat saya interview masa bawak check-up Isabella hari tu.

“Ini jawapan dia mengenai AIR DAN BAYI. Ya! Kata WHO kalau sumber air tak bersih dari negara yang tidak membangun, air harus dielakkan.

“Susu ibu selama enam bulan is the best tapi air kena bagi juga. Sebab ibu pun adakala tak minum air yang cukup. Dengar dan tanya saya di komen di bawah andai ada yang tak faham,” katanya.

Nourul berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

“Jangan Ikut Apa Orang Condemn...”-Selepas Dikecam Beri Bayi Air Kosong, Nourul Depp Tampil Dengan Penjelasan Doktor

Menerusi perkongsian tersebut, dia memuat naik rakaman video ketika dia berjumpa dan bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada doktor.

Sebelum ini, Nourul telah dikritik kerana memberi air di dalam botol susu kepada bayinya, Isabella yang baru lahir pada 30 April lalu.

Sementara itu, doktor tersebut sempat menjelaskan mengenai saranan untuk makanan bayi seawal lima bulan.

“Makanan untuk bayi : WHO sarankan lima bulan ke atas. TAPI kata Dr Choy kalau baby tak nak susu badan lagi, bagi susu formula tapi baby macam nak lagi susu, boleh bagi makan.

“Tapi mula dengan jus buah buahan untuk bayi. Bukan jus dewasa. Atau perah jus buah sendiri. Boleh bagi cereal tapi yang untuk empat bulan dalam kuantiti yang sedikit. Sekali sehari. Jangan hangpa bagi sepinggan!

“Apa-apa pun, ikut nasihat doktor untuk anak anak. Tapi ibu lebih tahu sebab kita siang malam pagi petang dengan baby kita. Jangan ikut apa orang condemn. Tak semua baby sama.

“Jika bagi susu badan berlebihan: baby akan picky eater. Kita kena tau apa kita nak bagi makan baby. Doktor Choy ada pesan susu ibu sangat baik tapi jangan terlalu lama bagi. Nanti baby ta kmau makan lain. Jadi baby malnutrition. Jadi kena seimbang na,” jelasnya.

Video Penjelasan Doktor

Penjelasan itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangan doktor tersebut.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang berusia 20 tahun.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Dikecaam Teruuk Gara Gara Beri Bayi 3 Bulan Minum Air Kosong, Ini Dia Buktikan Kenapa Dia Berani Beri Bayi Air Kosong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*