Hampir Setengah Juta Tontonan, Video Nyanyian Syed Saddiq Curi Tumpuan,Tak Sangka Penyanyi No.1 Negara Pun komen Buat Semua Gelak Besar

Tanggal 31 Ogos disambut meriah oleh semua rakyat Malaysia sempena ulang tahun Kemerdekaan yang ke-62.

Tidak hairanlah jika anda lihat pelbagai aksi di media sosial di mana rakyat Malaysia menterjemahkan perasaan mereka buat negara tercinta.

Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia istimewa buat pengikutnya di laman Instagram.

” I dedicate my favourite patriotic song to my Malaysian family”, tulis Syed Saddiq beserta video beliau menyanyikan lagu tersebut

Entri tersebut telah mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen yang membuatkan peminatnya terhibur.

Di ruangan komen tersebut penyanyi Anta Permana itu menyakat Syed Saddiq dengan berkata, sukar untuk dia ‘mencari makan’ selepas menteri berusia 26 tahun itu memuat naik rakaman nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.

” YB @syedsaddiq alamak, tak boleh cari makanlah saya lepas ni,” kata Siti Nurhaliza di ruangan komen.

Komen Siti Nurhaliza itu telah mendapat respon balas dari netizen yang nyata terhibur dengan penyanyi nombor satu negara itu yang sempat menulis komen terhadap video Syed Saddiq itu.

” Baru nak ckp tp tokti lg cepat heheh…no one can beat you tokti. YB @syedsaddiq pun best gak nyanyi boleh jadi the singing Minister. Both of you are awesome…proud to be Malaysian..” tulis Ajai

Selain Siti Nurhaliza, penyanyi, Sufian Suhaimi juga telah meninggalkan komen di entri tersebut. “Steady Yb”, tulis beliau.

Video nyanyian yang dimuat naik oleh Syed Saddiq itu telah mendapat lebih 230,000 tontonan dan lebih 58,000 tanda suka sehingga pukul 4.30 petang Ahad.

Rata-rata pengikut beliau turut memberi respon dengan menulis di ruangan komen.

” Not bad untuk first week. A bit pitchy. Jaga jarak microfon ye. Diction sebutan S tu tak jelas. Kawal breathing. Harap tak tersingkir and jumpa next week.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lahir pada 6 Disember 1992 merupakan ahli politik Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu. Beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Malaysia United

Sumber : astroawani

Be the first to comment on "Hampir Setengah Juta Tontonan, Video Nyanyian Syed Saddiq Curi Tumpuan,Tak Sangka Penyanyi No.1 Negara Pun komen Buat Semua Gelak Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*