Bakal Melansungkan Perkahwinan Esok Hari,Kant0ii Bakal Pengantin Lelaki Rupanya ‘Gadis’. Saksi Bongkr Punca Nya

Hasrat pasangan di Indonesia ini untuk melangsungkan perkahwinan terpaksa dibatalkan selepas jantina sebenar ‘lelaki’ itu akhirnya terbongkar.

Menurut keluarga TE, 15, warga Desa Nyiur Sayak, Kecamatan Semidang Aji, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU), Sumatera Selatan, kekasih anak mereka dikenali sebagai NI, 25, rupa-rupanya seorang wanita.

Perkara itu diketahui selepas keluarga TE berasa curiga apabila dia melamar gadis itu. Jurucakap pihak berkuasa, Alex Andrian berkata, mereka mula was-was apabila melihat NI seakan pelik.

” Keluarga TE kemudiannya mahu bertemu NI. Kedua-dua belah keluarga juga bersetuju untuk membawa NI melakukan pemeriksaan dengan bidan.

” Pada masa itu, jantina NI akhirnya terbongkar. Dia sebenarnya perempuan yang menyamar sebagai lelaki,” katanya.

Sejurus mendapat tahu tentang perkara itu, keluarga TE terus membatalkan lamaran NI.

TE dikatakan berkenalan dengan NI menerusi media sosial dan kedua-dua mereka kemudiannya memutuskan untuk berkahwin. Difahamkan, TE sempat bertemu NI beberapa kali, namun dia tidak mengesyaki apa-apa.

Kisah tersebut yang dikongsi menerusi akaun @baturajatoday di Instagram semalam turut menjadi tular di media sosial.

Dilaporkan sebelum ini, perkahwinan TE, yang berusia 15 tahun, penduduk Kampung Nyiur Sayak Daerah Semidang Aji, Daerah Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan dibatalkan apabila mengetahu NI, 25 lelaki yang dia impikan itu sebenarnya seorang wanita.

Bagaimana terbongkar

Perkara itu terbongkar selepas keluarga TE mencurigai perwatakan NI sewaktu mereka datang melamar. Menurut keluarga TE lagi, suara NI kedengaran seperti seorang wanita.

Jelas pemilik akaun tersebut, kejadian itu berlaku sehari sebelum proses pernikahan berlangsung. Berikut ialah perkongsian beliau;

” Menyamar sebagai seorang lelaki. Khemah telah dipasang, keluarga kedua pihak juga sudah berjumpa. Sehari sebelum hari pernikahan iaitu tepat hari ini, sebelum pertemuan keluarga mempelai, pengantin perempuan “lelaki” dipaksa untuk diperiksa, dan sangat jelas.

” Ternyata dia seorang wanita. Untungnya akad nikah belum lagi berlaku. Pelakunya juga akhirnya ditahan dan dibawa ke balai Polis atas kesalahan menipu..”

Gambar atas, kekecohan berlaku di hadapan rumah selepas pengantin lelaki diperiksa

Sementara itu satu kisah yang hampir serupa pernah berlaku juga di Indonesia pada 2011. Satu keluarga di sebuah daerah di Indonesia membatalkan perkahwinan apabila mendapat tahu pengantin lelaki adalah seorang wanita.

Keluarga dan tetamu berkumpul membaca al-Quran dalam satu majlis perkahwinan di Jawa barat, tetapi pengantin lelaki tidak membawa saudara-mara. Kecurigaan semakin ketara apabila pengantin lelaki, Rio gagal menunjukkan dokumen, lapor akhbar Jakarta Globe.

“ Kecurigaan semakin ketara kerana suaranya yang garau tiba-tiba bertukar menjadi suara perempuan,” lapor akhbar itu seperti mana dipetik daripada kenyataan ketua polis tempatan, Krisnandi. Pengantin itu dikatakan mempunyai bentuk tubuh lelaki dan mengenali pengantin perempuan, Nuraini selama tujuh bulan.

Bagaimanapun, bekas teman lelaki pengantin perempuan tampil sebagai pengantin lelaki bagi mengelak keluarga pengantin mendapat malu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Malaysia United

Sumber : sinarharian

Be the first to comment on "Bakal Melansungkan Perkahwinan Esok Hari,Kant0ii Bakal Pengantin Lelaki Rupanya ‘Gadis’. Saksi Bongkr Punca Nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*