J0d0h Dengan Pucuk Muda,“Umur Saya 50, Dia Baru 40” Sudah KERTU Macam Mana?” Tanya Siti Nordiana

Kalau tidak bertanya soal jodoh terhadap penyanyi Siti Nordiana, memang tidak sah.

Masakan tidak, sejak berpisah dengan bekas suami, Allahyarham Mohd Faizal Yusup lebih 10 tahun lalu, bintang yang mesra disapa Nana ini masih belum temui cinta sejati.

Lalu buat kesekian kalinya, pemenang Artis Top Top MeleTop Wanita ini sekali lagi ditanya mengenai isu sama, tetapi kali ini apakah pendiriannya andai bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda darinya.

“Tak pasti. Tapi nanti umur saya 50, dia baru 40. Kita sudah kertu, macam mana? Tapi itu semua kuasa Dia. Kalau jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sajalah,”

Ditanya sama ada dia masih fikirkan soal jodoh yang belum sampai, penyanyi ini punya jawapan sendiri.

View this post on Instagram

Sampai camtu sekali duduk ek . Penat naw ke puasa harini 😝

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Belum lagi fikir. Sebab kalau saya mahu berkahwin untuk kali yang kedua, saya memang mahu ia kekal hingga ke jannah. InsyaAllah. Malah saya juga perlu buat persiapan fizikal dan m3ntal.

“Kalau sudah kahwin, saya memang mahu fokus pada rumah tangga. Sebab kita sudah tahu dan punyai anak kecil bagaimana situasinya. Jadi saya memang kena perbaiki dan persiapkan diri. Orang tua pun tak adalah bising tanya bila mahu kahwin,” kongsinya lagi.

Foto: Instagram Siti Nordiana

Kredit: MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "J0d0h Dengan Pucuk Muda,“Umur Saya 50, Dia Baru 40” Sudah KERTU Macam Mana?” Tanya Siti Nordiana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*