Video Ardell Aryana menangis, tangan gigiI disentuh suami buat pertama kali

Tiada angiin tiada riibut, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman keluarga aktres itu petang tadi.

Menurut Nadzmi, mereka tidak mengadakan majlis pertunangan sebaliknya hanya menganjurkan majlis khatam al-Quran di rumah keluarganya Jumaat lalu.

“Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini,” kata aktor berusia 27 tahun itu.

Nadzmi berkata, dia dan Ardell kenal sejak lapan tahun lalu namun hubungan mereka bertambah errat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon menerusi drama Namaku Bedah

Video:-

View this post on Instagram

Betul dah kahwin… alhamdulillah. Bukan drama tau. 😘 #sakitpulahatikitadoktanyakahwinkebelum 🎥@aziahazmee #adhwaardell @jaydeesm @nadzmiadhwa @ardellaryana

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

“Selama ini, kami selesa menggunakan istilah sahabat. Ketika itu, kalau ada jodoh, adalah. Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh.
“Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram.

Ternyata jodoh kuwat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Tambah Nadzmi, dia menyifatkan isterinya yang berusia 29 tahun itu sebagai insan istimewa yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola dan futsal.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuwat untuk memberi kesenangan kepada keluarga,” katanya.

Sumber : BH Online , Jaydee Mohamad

Be the first to comment on "Video Ardell Aryana menangis, tangan gigiI disentuh suami buat pertama kali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*