Kisah Bagaimana Ardell Aryana Mendapat Hidayah Untuk Menutup Aurat

SELEPAS lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali lafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

Cantik dalam persalinan berona putih, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerima mas kahwin RM300.

SELEPAS lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali lafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

Cantik dalam persalinan berona putih, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerima mas kahwin RM300.

Ardell Menceritakan Bagaimana Dia Mendapat Hidayah Untuk Memakai Tudung Dan Menutup Aurat Dengan Sempurna

Tahun 2018 boleh dianggap permulaan yang baik buat Ardell Aryana atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin, 27.

Apatah lagi penutup 2017 menyaksikan pelakon drama Aku Bukan Bimbo dan Namaku Bedah mula mengenakan hijab sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu.

Bercakap mengenai penghijrahan itu, Ardell mengakui segalanya bermula dengan mimpi ngeri yang dialaminya.

“Saya mimpi Mama meninggal dunia dan rohnya cakap “tolong bantu mama”. Terfikir jika penampilan seperti dulu, bolehkah saya bantu?

“Terdetik di hati perkara ini tidak boleh dibiarkan. Usia mama pun sudah 70 tahun dan saya hanya ada dia. Saya mula kembali belajar mengaji al-Quran dengan jiran. Mama kata tidak mengapa, lakukan sahaja,” katanya.

Dengan air mata yang bergenang, Ardell menjelaskan perasaannya pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, dia tidak pernah berkongsi kisah itu dengan sesiapa kerana ia terlalu sedih untuk diperkatakan.

Jelas Ardell, keinginan untuk berubah sudah wujud dalam diri ketika sambutan ulang tahun kelahiran ibunya pada Julai 2015.

“Malangnya saya tidak dapat berbuat demikian kerana sudah menandatangani kontrak drama dan filem, jadi terpaksa tunda. Bagaimanapun saya nekad berubah beberapa bulan lalu meski usia 27 agak lambat.

“Mama tidak pernah paksa sebaliknya minta saya buat solat hajat dan berubah kerana diri sendiri, bukan sebab orang atau mahu ikut trend.

“Mama kata apabila berubah banyak perkara perlu dikorbankan termasuk tawaran berlakon dan kena tahan telinga jika dikecam orang. Namun, pesannya lagi jangan takut sebab Allah akan bantu,” katanya.

Menurut Ardell sebelum ini dia sudah bertudung tetapi tidak dikongsi di laman sosial. Dia hanya berubah secara total sebaik pulang bercuti dari Bali pada September lalu.

Pun begitu, koleksi gambar lalu enggan dibuang secara drastik kerana berasakan masih banyak projek lakonan yang membabitkan wataknya sebelum berhijab.

Kongsi Ardell, ketika mula bertudung banyak tawaran berlakon ditarik balik dan dibatalkan pihak produksi.

Namun, dia percaya pasti ada rezeki lain menyusul dan terbukti ia benar-benar menjadi kenyataan.

“Syukur, rezeki kembali meriah. Benarlah, janji Allah memang pasti. Saya dapat tawaran mengacara, berlakon dan jadi duta.

“Selepas pulang menjalani penggambaran filem XXray 3 di Jordan, saya ditawarkan menjadi duta badminton dan telekung. Selain itu, ada juga tawaran menjayakan telefilem dan mengacara,” katanya.

Mengimbas detik mencabar apabila tawaran berlakon ditarik pihak produksi, Ardell banyak berkongsi kesedihan dengan pengurusnya, Awin yang juga isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam.

Pengurusnya itu banyak menasihati dan memberikan kata-kata semangat kepadanya. Paling melekat di hatinya adalah pesanan jika tertutup satu pintu, pintu lain pasti terbuka luas.

“Terima kasih Awin kerana sentiasa ada di sisi. Kata-katanya melegakan hati saya.

“Saya cuba ceburi bidang pengacaraan dan selepas itu kembali dapat tawaran berlakon. Insya-Allah selepas ini ada satu lagi peluang mengacara dan drama. Saya semakin yakin rezeki ada di mana-mana.

“Saya pegang kata-kata Awin, tidak semestinya apabila berhijab tidak boleh bawa karakter antagonis cuma pemakaian kenalah jaga,” katanya.

Sambung Ardell, sejak berhijrah ada rakan mula menjauh, namun kehilangan itu diganti dengan kehadiran teman baru. Namun, dia tidak pernah berjauh hati sebaliknya berusaha menjaga silaturahim agar tidak putus.

Katanya lagi, ramai peminat menyokong perubahannya dengan menghadiahkan baju kurung, jubah dan tudung. Malah, ada butik berminat menaja pakaian tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Lega ramai sokong saya. Nak tolak tidak sampai hati, saya tak mahu kecewakan mereka.

“Saya berbesar hati terima semua hadiah itu dan hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Be the first to comment on "Kisah Bagaimana Ardell Aryana Mendapat Hidayah Untuk Menutup Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*