Rumahtangga Bermasalah !! Nabila Dedah ‘Hal Sebenar’ Saat Beliau Berkongsi Hidup Bersama Dengan Sharnaaz Ahmad

Mengakhiri teka-teki ramai, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, mengesahkan dirinya sudah memfailkan perceraian terhadap suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Pendedahan tersebut dibuat secara eksklusif.

View this post on Instagram

It has been a beautiful year raising you ❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

It has been a beautiful year raising you ❤️ – Noor Nabila

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya seperti yang dipetik.Pada masa sama, Nabila mengakui masa depan anak mereka, Jebat Jayden adalah yang lebih penting.

Jebat baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, sehari lalu.

Sebelum ini, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah.Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, 29 Ogos lalu.

Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.Terdahulu, Sharnaaz ketika ditemu bual pihak media enggan untuk memberikan sebarang reaksi mengenai perkara tersebut kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.

Sementara itu, Neelofa pula menyifatkan kakaknya seorang yang kuat dan sebagai ahli keluarga, dia tetap menyokong apa sahaja tindakan yang bakal dilakukan Nabila andai itu adalah yang terbaik.

SUMBER

Be the first to comment on "Rumahtangga Bermasalah !! Nabila Dedah ‘Hal Sebenar’ Saat Beliau Berkongsi Hidup Bersama Dengan Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*