“Alhamdulillah, Selamat Disatukan Atas Doa Peminat, Akhirnya Doa Itu Dimakbulkan.Ardell Aryana Sah Milik Nadzmi Adhwa

PASANGAN pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga wanita di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz pada pukul 5.31 petang.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Sekitar majlis akad nikah mereka pada petang Ahad.

Al-Quran itu merupakan hadiah yang diberikan oleh Ardell semasa majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah. Selesai satu tuntutan. Masih banyak kekurangan banyak lagi kena belajar dan terus belajar. Umur 27 Baru nak khatam 😅 Sesungguhnya sangat berharga al quran ini pada saya. Tak ternilai harganya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan. Semoga Allah permudahkan segalanya bagi saya. Dan memberikan keberkatan dalam hidup saya. Hari menanti hari. Doa yang baik baik buat saya ya. Hari yang sangat bermakna buat saya.

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Sementara itu, Nadzmi, 26, menyifatkan jodohnya dengan pelakon itu dipanjangkan atas doa peminat.

“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh untuk majlis resepsi dan berbulan madu.

Terdahulu, pasangan pelakon drama Namaku Bedah ini sudah mengenali antara satu sama lain sejak kira-kira lapan tahun lalu.

sumber

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Selamat Disatukan Atas Doa Peminat, Akhirnya Doa Itu Dimakbulkan.Ardell Aryana Sah Milik Nadzmi Adhwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*