Lepas Bella Sah kan Status Hubungan Mereka,Setelah Berdiam Diri Sharnaaz Ahmad Tampil Buka Mulut

Apabila berlaku perceraian, sama ada kita ingin akui atau tidak, anak yang paling kuat menerima kesannya. Anak mangsa cerai terpaksa tinggal dengan ibu atau bapa. Kini, segala teka-teki berhubung rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, dan isterinya, Noor Nabila, 35, akhirnya terjawab selepas kakak pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa itu mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami.

Nabila bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut. Apa yang lebih penting, kata Nabila, adalah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden Ahmad, yang baru berusia setahun. “Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” ujarn Nabila yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem ‘Wangi’ itu pada 31 Mac 2017.

Sementara itu, Sharnaaz berasa kurang senang dengan tindakan seorang netizen di twitter yang mmeberi komen mengenai kemelut rumah tangganya. Menerusi posting dimuatnaik wanita dikenali sebagai @AnisKhalidi pada Jumaat itu mendakwa sikap panas baran Sharnaaz menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga yang dihadapi pelakon itu.

“Biasalah… Orang baran takkan boleh berubah lepas kahwin. Mungkin ada faktor lain tapi aku percaya perangai baran Sharnaaz mesti salah satu daripada,” tulisnya yang lantas mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan komen balas terhadap kenyataan wanita berkenaan.

Dalam nada berbaur sindirian, Sharnaaz turut menafikan sikap panas baran menjadi punca keretakan hubungan dengan isterinya:

“Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya, saya rasa awak telah menyelesaikan masalah runah tangga saya hanya dengan satu kilas. Tahniah… tapi saya boleh jamin, bukan soal baran yang menjadi masalahnya. Harap Cik Anis bahagia dunia akhirat”.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz. Nabila difahamkan berbuat demikian apabila berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.

Melihat pada bahagian komen, rata-rata netizen menyelarkan tindakan wanita yang sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga Sharnaaz dan Nabila. Sebelum ini, timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua belah pihak.

www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian , mStar, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Be the first to comment on "Lepas Bella Sah kan Status Hubungan Mereka,Setelah Berdiam Diri Sharnaaz Ahmad Tampil Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*