Sudah Berpiisah Atau Belum? Akhirnya Isteri Sharnaaz Ahmad Tampil Dan Jelaskan Hal Sebenar

“SAYA sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya.”

Itu pengakuan kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, kepada portal BH Online berhubung spekulasi rumah tangganya dengan aktor Sharnaaz Ahmad berantakan.

Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian

Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila dan anak tunggal mereka, Jebat Jayden. – Gambar Instagram SHARNAAZ AHMAD

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Dalam temu bual dengan Berita Harian, Nabila juga menegaskan, apa yang penting ialah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.
“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” ujar Nabila lagi.

Beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan Sharnaaz dan Nabila menjadi perhatian apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Nabila juga dilaporkan memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.

Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

‘Kakak dah lalui pelbagai dugaan’ – Neelofa ulas dakwaan Noor Nabila fail perceraian

'Kakak dah lalui pelbagai dugaan' - Neelofa ulas dakwaan Noor Nabila fail perceraian

PENGACARA MeleTOP, Noor Neelofa Mohd Noor mengambil pendirian untuk menyokong setiap keputusan yang diambil oleh kakaknya, Noor Nabila.

Terdahulu, Nabila berkongsi foto dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Saya tahu saya orang pertama yang akan ditanya mengenai perkara itu kerana saya duduk serumah dengan mereka.
“Tetapi bila bercakap mengenai soal rumah tangga, tak adil untuk saya mengulas berhubung soal terbabit.

“Saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya, asalkan kakak saya gembira.

“Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakang Nabila dalam apa jua situasi,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui di majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion pada Khamis.

Ditanya mengenai perasaannya ketika ini, Neelofa tidak menafikan Nabila sudah melalui pelbagai dugaan.

“Oh Tuhan, dia telah melalui macam-macam dugaan… Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Apa yang boleh saya cakap, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam perkahwinannya. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya,” katanya lagi.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai gambar yang dimuat naik kakaknya itu, Neelofa ada jawapan tersendiri.

“Spekulasi yang dibuat oleh netizen adalah suatu perkara normal dan saya tahu Nabila boleh mengendalikannya. Nantikan sajalah,” katanya mengakhiri temu bual tersebut.

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment on "Sudah Berpiisah Atau Belum? Akhirnya Isteri Sharnaaz Ahmad Tampil Dan Jelaskan Hal Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*