“Rumah tiada, nak belanja pun tak ada duit” – Delimawati sebak

PELAKON senior Delimawati berasa sedih apabila mengenangkan nasib segelintir rakan artis seangkatannya yang berdepan kesempitan hidup ketika penghujung kerjaya seni mereka.

Delimawati, 61, berkata ada anak seni yang diagungkan semasa awal kerjaya kini terpaksa menjalani sisa-sisa kehidupan tanpa tempat berlindung.

“Ada artis-artis lama seangkatan yang tenggelam terus, kasihan juga sebab sekurang-kurangnya kita ni ada juga sesekali orang panggil.

“Kadang tu nak belanja pun tak ada duit, kita kasihan… jadi kita minta jaga kebajikan kami, ni nak duduk rumah pun tak ada,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Delimawati berkata gelaran pelakon senior bukanlah alasan untuk sesebuah produksi membayar mereka dengan harga yang tinggi.

Delimawati mahu nasib pelakon senior terbela.

Malah dia turut mengakui pernah menerima bayaran yang difikirkan tidak berbaloi dan kurang setimpal dengan kerja.

“Di sini bukan macam Hollywood, sana lagi tua lagi mahal. Kalau kita minta dan tuntut bayaran mahal, jawabnya memang langsung kami tak dipanggil berlakon dah.

“Kita minta berpatutan sahaja, itu atas penilaian mereka, kalau terlalu ciput (sedikit) terpaksa tolak. Kita nak bekerja seikhlas hati dan sudah sampai masa kita tak ambil gaji kecil… biarlah berbaloi!

“Kita bukan demand tapi berpada-padalah, kita ini orang lama persembahan bukan cincai-cincai atau lebih kurang sahaja,” katanya.

Delimawati terkejut nama tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Hantu Kak Limah ini turut tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32).

Dramatis berasal Perak ini akan bersaing dengan empat lagi pelakon popular iaitu Erra Fazira, Hannah Delisha, Mira Filzah dan Uqasha Senrose.

“Melihat senarai calon akhir, macam tidak percaya nama saya turut tercalon. Alhamdulillah, di usia begini nama saya masih kekal diingati malah mendapat undian daripada peminat.

“Semestinya saya mengharapkan kemenangan itu, rasanya dah sampai masa saya dinobatkan pemenang, dah lama sangat dah!,” katanya.

semoga phak yang berkaitan tampil membela nasib artis-artis di malaysia. Mereka ini telah berjaya menghiburkan kita semua dengan membawa watak-watak tertentu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Be the first to comment on "“Rumah tiada, nak belanja pun tak ada duit” – Delimawati sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*