“Masa Hisapp Benda Tu,Saya Tidak Syak Apa Apa,Hinggalah Ini Yang Terjadi Pada Saya” – Farid Kamil Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan Ramai Pihak

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari mendedahkan dia tidak pernah berasa pening teruk seumur hidup hingga tidak sedarkan diri selepas menghis4p rok0k dan meminum teh diberikan tiga lelaki, termasuk seorang rakan artisnya.

Farid Kamil berkata, dia tidak mengingati langsung apa yang berlaku terhadap dirinya selama kira-kira empat jam sehinggalah dia disedarkan seorang pegawai p0lis di Balai P0lis Taman Tun Dr Ismail, dalam keadaan tidak memakai kasut.

Menceritakan semula kejadian dianggap episod hitam dalam hidupnya, Farid Kamil berkata, sebelum itu dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakan artis yang dikenali selama sembilan tahun itu pada 6 petang 9 Januari 2018, yang mengajaknya ‘lepak’.

“ Saya kemudian pergi ke pejabat rakan artis itu pada 10 malam pada hari sama di Kayu Ara Damansara sebelum diperkenalkan dengan dua lelaki yang didakwa ahli kumpulan R&B yang popular sekitar 90-an,” kata beliau.

Farid Kamil menjawab soalan pegu4m mewakilinya, Datuk Amirul Ridzuan Hanif pada hari pertama pr0siding bela diri di hadapan Majistr3t Nor Ariffin Hisyam di Mahk4mah Majistr3t Petaling Jaya, hari ini.

Amirul: Selepas diperkenalkan, apa berlaku?

Farid Kamil: Kami pun mula bersembang kosong antara tajuk perbincangan produksi, politik dan industri serta sedikit pasal bola sepak. Hanya sembang kosong waktu itu. Saya ternampak salah seorang daripada dua rakan baharu itu mengeluarkan beg bimbit berwarna hitam dan mengeluarkan temb4kau sebelum dia membalut tembakau itu dengan kertas putih.

Sebagai perok0k, saya berkeinginan untuk merok0k, tetapi malangnya rok0k tertinggal dalam kereta. Saya kemudian hendak mengambil rok0k tetapi kenalan baharu itu memberitahu tidak perlu dan his4p sahaja rok0k yang dibalutnya itu.

Amirul: Bagaimana keadaan rok0k itu?

Farid Kamil: Balutannya kurang kemas dan tiada filter (penapis). Tanpa mengesy4ki apa-apa, saya pun menghis4p rok0k itu.

Amirul: Seterusnya apa berlaku?

Farid Kamil: Saya his4p rok0k itu dan kemudian rasa tidak selesa pada badan dan tekak serta pening. Saya tak pernah rasa pening macam itu seumur hidup saya. Kami terus sembang sebelum saya meminta air kerana tekak semakin kering. Rakan artis itu kemudian memberitahu di sini tiada air dan perlu balik untuk mengambil air. Dalam 10 minit, rakan artis itu datang bersama dulang yang ada empat cawan dan teko berisi air teh.

Amirul: Air yang kamu nampak macam air teh itu, apa rasanya?

Farid Kamil: Keadaan saya memang perlukan air dan sebab rok0k itu saya tidak selesa dan pening serta tekak kering. Saya terus minum air dan rasanya seperti air teh yang turut diminum ketiga-tiga yang lain.

Amirul: Selepas minum air itu apa berlaku?

Farid Kamil: Pening bertambah sebab saya tak pernah rasa pening sebegitu seumur hidup saya. Selepas itu saya tidak ingat apa berlaku.

Amirul: Kenapa kamu tidak ingat dan menjadi semakin pening? Boleh jelaskan.

Farid Kamil: Saya tak sedar membuatkan saya tak ingat apa yang berlaku.

Pelakon utama filem Lagenda Budak S3tan itu berkata, selepas dia tersedar pada 3 pagi keesokannya di Balai P0lis Taman Tun Dr Ismail, p0lis meminta nombor telefon untuk dihubungi.

Adiknya, Fadzil tiba 40 minit kemudian bersama rakannya untuk membawanya pulang.

Pr0siding dikendalikan Timbalan Pendakw4 Raya Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim bersambung pada 23 dan 24 September nanti.

Pada 16 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah terhadap dua pertud0han dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 36, dan Konstabel Mohd Nizam Jamaluddin, 25.

Farid Kamil didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Bagi pertud0han keempat, pelakon itu turut didakwa berkelakuan tidak sen0noh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Mohd Nizam sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Masa Hisapp Benda Tu,Saya Tidak Syak Apa Apa,Hinggalah Ini Yang Terjadi Pada Saya” – Farid Kamil Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*