Beberapa hari lalu, pelakon Bella Dally menjadi bualan hangat apabila dikatakan sudah berbadan dua gara-gara memuat naik sebuah video di laman Instagram .
Menerusi rakaman video itu, Bella atau nama sebenar Nabilah Ali Dally seolah-olah memberi bayangan akan mendapat cahaya mata kerana menunjukkan alat ujian kehamilan.
Terharu, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik satu video lagi yang merungkai persoalan ramai tentang isu ‘kehamilan’ tersebut.
Akhirnya tahun ini menjadi kenyataan
Rupanya, video yang dimuat naik sebelum ini adalah ‘kelahiran’ produk kecantikan di bawah jenama miliknya iaitu gincu.
Dalam posting itu, Bella yang juga seorang model berkata dia telah lama menunggu saat ini dan kini semuanya menjadi kenyataan.
Tahniah!
Muat naik posting tersebut telah mendapat perhatian ramai dengan dihujani pelbagai komen tahniah daripada peminat dan pengikutnya.
Semoga sukses
Korang sibuk nak kecoh kenapa?
Tak akan tertipu lagi
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang tidak berpuas hati dengan tindakan Bella itu kerana seolah-olah ditipu dan menganggap itu adalah gimik murahan
Buat orang mar4h je!
‘Marketing; paling teruk
Terdahulu, Bella berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019 selepas lima bulan perkenalan.
Sumber : Bella Dally
Be the first to comment on "Video ‘Hamil’ Rupanya Gimik Produk Baru, Ramai Tak Puas Hati ‘Dikencing’ Bella Dally"