(Video) DS Siti Nurhaliza Kongsi Video Tutorial Solekan 30minit,Namun Wajah Sebelum Solekan Menjadi Persoalan Netizen

Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai ramai peminat. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Dato’ Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Beliau satu-satunya penyanyi Malaysia paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia .

Dato’ Siti telah berkahwin dengan Dato’  Sri Khalid bin Mohamad Jiwa. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah. Beliau dikurniakan anak selepas 11 tahun berkahwin. Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur secara pembed4han.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi video tutorial cara solekan dalam masa 30 minit. Menarik ni sebab biasanya kalau nak bersolek ni mengambil masa yang agak lama. Tapi kalau boleh siap dalam 30 minit ia dikira masa yang singkat. Mari kita tengok hasilnya !

Tonton video di bawah :

” Nak tengok bagaimana saya bersolek dalam masa 30 minit ? Tonton video penuh di youtube Siti Official Video ya. Sekali sekala saya berkongsi tips dan cara solekan. Jangan lupa menonton dan subscribe ya .. “

View this post on Instagram

Nak tengok bagaimana saya bersolek dalam masa 30 minit? Tonton video penuh di youtube Siti Official Video ya. Sekali sekala saya berkongsi tips dan cara solekan. Jangan lupa menonton dan subscribe ya ❤️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Walaupun ada beberapa komen yang menyatakan wajah Dato’ Siti yang agak berbeza sebelum solekan, namun ramai yang memuji wajah Dato’ Siti yang nampak cantik secara semulajadi tanpa sebarang solekan. Antara komen-komen mereka :

” Maaf.. Siti nampak berumur masa ni.. “

” Natural beauty Beauty come from inside. Stay pretty and down to earth DS CT. Luv u .. “

” Other then saying CT look different why don’t u guys give her praise for her bravery & trueness . She dint choose to hide anything because she know she is still her nor matter how she look that why she is willing to show us (her fan) the true her . Spread more positivity but less negativity we can sure make the world a better place.. “

” Bila tokti senyum terus muka jd baby face.. “

” Masha Allah cantiknya.. “

” Apapun dia cantik dan konfiden tanpa makeup masa mula tutorial.. “

” Adoiii apa punya komenla nmpk tua segala dah mmg umur Dato Siti 40 lagi2 tidur lwt kena bgun awal muka jd semb4b, manusia biasala tu normal weiiiiii, mcmlah muka tk pernah smb4b korang2 ne.. “

” Ok wajib tengok tutorial make up ni.. “

” Adui klako korg bertek4k kat sini. Tokti okeyyy je kadang tak makeup pun dia upload je. Dia dah melalui zaman cun melecun bergetah satu nusantara jeles dgn kecomelan dia, skrg dia nak enjoy life je. Skrg pun bukan tak cantik, bahkan lebih cantik dpd rmi org yg lg muda dpd dia pun. Tgh makeup tak habis mmg nampak pelik.. “

” Cantiknya bunda siti… “

” Thankss kakiti @ctdk Tunaikan permintaan vlog makeup routine lama tungguuuuuu.. “

So macam mana peminat di luar sana? Boleh lah tiru gaya solekan Dato’ Siti ni. Mudah dan menjimatkan masa. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Dato’ Siti kerana berkongsi teknik solekan dalam masa 30 minit sahaja. Semoga Dato’ Siti terus sukses !!

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nurhaliza, 

Be the first to comment on "(Video) DS Siti Nurhaliza Kongsi Video Tutorial Solekan 30minit,Namun Wajah Sebelum Solekan Menjadi Persoalan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*