(Video) Challenge Paling Win Abad Ni!! Family Ain Edruce Baca Berita Buat Ramai Geli Hati Gelak Terbahak

Nurulain Edruce merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih P4ksa Rela. Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model.

Seterusnya Ain Edruce memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3

Ain Edruce dilahirkan dan dibesarkan di Taiping. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Untuk makluman, kini Ain Edruce telah pun bertunang dengan pelumba kereta Amirul Hafiz pada 22 Jun dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember.

Video Ain Edruce Buat Challenge BACA BERITA Untuk Keluarganya. Part Ayahnya ‘ SEBUT NAMA SENDIRI’ Memang WIN Sangat. Adoiii Yang Tak Dapat Baca Terus Pun Ada. Sporting Terok Wehh !!!

Menerusi entri yang dimuat naik oleh Ain Edruce sebuah video telah dikongsikan bersama lebih 700K followers di laman Instagramnya. Video tersebut memaparkan Ain Edruce sedang melakukan ‘Baca Berita Challenge’  bersama dengan ahli keluarganya.

Semua ahli keluarganya terlibat dalam challenge ini termasuklah kedua ibu bapanya. Walaupun pada awalnya mereka tidak mahu melakukan tetapi akhirnya mereka akur. Memang happening sangat. Lagi-lagi bila giliran ayah dan ibunya membaca berita.

Apa yang menarik, ketika membaca berita di paparan skrin, semuanya tidak dapat membaca dengan baik dan ketinggalan beberapa perkataan. Apabila bahagian menyebut nama yang sukar semuanya terbel1t-bel1t lidah menyebutnya.

Ini adalah sedutan daripada video tersebut :

” Saya nak uji keluarga saya dengan membuat challenge membaca berita. Mesti lawak !! “

Ain : ” Adakah anda layak menjadi pembaca berita ? “

Ayah : ” Saya layak tetapi memerlukan latihan yang lebih sikit.. “

Ain : “Adakah anda layak menjadi pembaca berita ?”

Ibu : ” Tak layak.. “

Di bawah ini adalah adik beradiknya yang sangat sporting untuk melakukan cabaran ini.

Ini adalah video Ain Edruce yang telah dimuatnaik di laman Instagramnya :

” So dlm family aku ni, ramai jugak tringin nak jadi pembaca berita.. So, aku try buat benda ni. The best one i ever did with my family. HAHAHA ! Nak tgk full g youtube ain ok ! baca berita challenge.. “

View this post on Instagram

So dlm family aku ni, ramai jugak tringin nak jadi pembaca berita.. So, aku try buat benda ni… The best one i ever did with my family. HAHAHA ! Nak tgk full g youtube ain ok ! #bacaberitachallenge ❤️❤️❤️ Youtube : Ain Edruce

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Rata-rata peminat Ain Edruce terhibur dengan pelbagai gelagat ahli keluarga beliau ketika sedang membaca berita. Ini antara komen-komen mereka :

” Hahahahhahaa part mak ain tu aduhhhh sporting ter0kkkk.. “

” Nama2 tu mmg mengund4ng hahahaha lawak la.. happy family,, “

” Sebut nama sendiri. Ini yang win.. “

” Baby tu kalau boleh baca comfirm semua menggelup0r.. ”

” Sebut nama sendiri oh god whyyyyy ??? Hahahahaha.. “

” Semuaaa jenis masuk ayaq hahahahahahaha.. “

” S1an budk kecik tu ahhahahahaha.. “

” AHAHAHAHAHAH SBUT NMA SNDRI TU WINNN.. “

” Sebut nama sendiri, lawak.. “

” Tak pernah tak kel4kar ko Yaa.. “

Pelbagai cara digunakan untuk mengisi lapang dan menghilangkan kebosanan. Bagi yang ingin mengisi masa lapang bolehlah melakukan aktiviti ‘Baca Berita challenge’ ini bersama keluarga tersayang di rumah. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan ahli keluarga.

Kami di Berita Kopak mendoakan Ain Edruce sekeluarga sentiasa dilindungi Allah walau di mana jua pun berada. Amin.

Di bawah ini adalah video penuh yang diambil daripada Youtube :

Silakan SHARE.

Sumber : IG & Youtube Ain Edruce

Be the first to comment on "(Video) Challenge Paling Win Abad Ni!! Family Ain Edruce Baca Berita Buat Ramai Geli Hati Gelak Terbahak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*