Selepas berjaya membuang impIan di bahagian dadanya beberapa hari yang lepas, pengasas kosmetik, Safiey Illias dilihat sudah semakin pulih dan berpenampilan agak berbeza.
Pagi tadi, Safiey telah memuat naik gambar dirinya tanpa ada lagi impIan di bahagian dada. Penampilannya juga berbeza sekali dan terlihat lebih maskuIin.
Muat naik tersebut telah disertakan sekali dengan kapsyen menyatakan yang dia ingin keluar bersama dengan ibunya untuk membeli bunga di nurseri.
Sebelum ini, Safiey Illyas telah memaklukan bahawa dirinya akan kembali menjadi lelaki sejati atas permintaan ibu dan ayah dan tidak mahu meninggaI dunia dalam keadaan berpenampilan wanita.
Artikel Terdahulu
“Anak lelaki mak dah kembali!” – Air mata seorang Ibu, Safiey Illias sedih
Pagi ini usahawan terkenal, Safiey Illias telah selamat menjalani pembeddahan membuang implan siIikon di dadanya. Perkara itu telah dikongsikan Safiey menerusi ruangan Instagramnya dan disambut ucapan syukur oleh netizen.
Beberapa jam selepas selamatnya pembeddahan dijalankan, ahli perniagaan kosmetik itu telah membuat Live di Instagram mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakannya.
Jutawan kosmetik itu menjalani pembeddahan membuang implan silikon itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengambil masa 1 jam.
Dalam video langsung itu juga, Safiey menunjukkan bahagian yang dibeddah serta berkata dia sedang menahan sakiit perrit jahitan dan tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua.
Ahli perniagaan itu berkata atas doa yang diberikan, pembeddahan itu berjalan dengan lancar dan semua dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah dihadapi.
Rata-rata netizen amat gembira dengan perkongsian Safiey itu dan tidak berhenti mendoakan beliau agar terus meneruskan niatnya untuk berubah.
Sumber : Safiey Ilias
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Tiada lagi impIan di dada, gaya baru ‘abang2’ Safiey Illias nampak segak!"