“Sepatutnya Hentilah Sekejap Untuk Hormati Solat Jumaat” – Sharifah Sakinah Tegur Penganjur KLFW Terlepas Pandang Waktu Ibadah

Pelakon Sharifah Sakinah menyatakan cadangan untuk penganjur Kuala Lumpur Fashion Week agar mempertimbangkan ruang untuk menghormati waktu ibadah terutama pada hari Jumaat.

Kata Sakinah menerusi entri di Instagramnya, penganjur seharusnya peka dengan masyarakat sekeliling dan tidak seharusnya meneruskan acara ketika masuknya waktu solat.

“Saya mungkin bukan individu paling tepat untuk membangkitkan perkara ini sebab saya pun bukan alim atau sempurna.

“Tetapi saya harap tahun hadapan tolonglah jadualkan waktu rehat dan makan tengah hari dengan baik.

“Kita seharusnya menghormati budaya dan agama yang sepatutnya diterapkan dalam semua sektor tak kira hiburan atau pembinaan.

“Semua orang berhak mendapat waktu rehat sepatutnya daripada pukul 12 tenghari hingga 2.30 petang untuk solat Jumaat.

“Harap-harap tahun hadapan tolonglah jangan ada acara ketika waktu ini,” tulis Sakinah.

Sempena KLFW yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini, Sakinah dilihat menghadiri beberapa jemputan pereka tempatan antaranya Afiq M dan Atelier Fitton.

Sementara itu, teguran dan cadangan Sakinah itu menarik perhatian ramai dan kebanyakannya bersetuju untuk penganjur menghormati waktu solat Jumaat.

Malah, ada yang turut mencadangkan untuk penganjur memberikan ruang untuk waktu Maghrib dan tidak mengadakan pertunjukan ketika tempoh itu.

KLFW telah berlangsung sejak 21 hingga 25 Ogos lalu dan menampilkan barisan pereka fesyen terkemuka tempatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Sepatutnya Hentilah Sekejap Untuk Hormati Solat Jumaat” – Sharifah Sakinah Tegur Penganjur KLFW Terlepas Pandang Waktu Ibadah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*