Sufian Suhaimi Hangatt Bercinta Dengan Gadis 16 tahun? Bukan Calang Calang Orang Gadis Ni

KISAH peribadi penyanyi Sufian Suhaimi terus menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi jika membabitkan gadis yang dilihat rapat dengannya.

Terbaharu, Sufian, 27, sekali lagi menepis dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan selebriti media sosial, Arianna Natasha selepas dilihat turut sama meraikan hari ulang tahun kelahiran gadis berkenaan baru-baru ini.

Tegas penyanyi lagu Dimatamu ini, dia mengenali Arianna, 16, menerusi seorang rakan dan kehadirannya pada majlis itu hanya atas dasar persahabatan.

“Saya dan Arianna tak ada hubungan istimewa pun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami pun hanya kawan sahaja.

Kehadiran Sufian pada majlis ulang tahun kelahiran Arianna mengundang spekulasi netizen. Foto Instagram @arianna_natasha

“Kehadiran saya di majlis hari jadi Arianna itu pun atas dasar persahabatan. Saya diundang keluarganya untuk hadir dan kebetulan lokasi majlis itu berdekatan dengan rumah saya,” katanya.

Sufian ditemui ketika sidang media pelancaran runut bunyi filem Motif nyanyiannya bersama Amira Othman berjudul Takkan Merubah di Red Box, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selesa.

Sebelum ini, foto Sufian menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Arianna yang dimuat naik di Instagram pada 13 Ogos lalu menarik perhatian netizen yang membuat spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, Sufian mengakui dia masih belum berkeyakinan untuk bercinta lagi biarpun sudah melupakan kisah cinta terdahulu.

Hubungan Sufian dan Arianna mula rapat selepas mereka diperkenalkan oleh seorang kenalan. Foto Instagram @arianna_natasha

“Buat masa sekarang ini, saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Kalau boleh, saya nak elakkan kisah peribadi diberi perhatian lebih berbanding kerjaya seni.

“Memang tidak selesa tapi sebagai selebriti, saya akui ia sudah menjadi asam garam dan perkara biasa apabila dikaitkan dengan gosip cinta.

“Bukan tak move on tapi saya masih ada perasaan insecure nak mulakan hubungan cinta baru,” katanya.

Gosip peribadi bukan perkara baru buat Sufian kerana dia sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Jasmine Suraya Chin selepas membuat kejutan menghadiri majlis perhargaan peminat pelakon dan pengacara itu pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun Sufian memberitahu kehadirannya diaturkan oleh pihak pengurusan dengan Jasmine dan mereka hanya bertemu di majlis tersebut sahaja.

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Sufian Suhaimi Hangatt Bercinta Dengan Gadis 16 tahun? Bukan Calang Calang Orang Gadis Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*