Netizen Minta Ahya Rosli Tayang Lebih Dari Gambar Bercium, Ahya Pertahankan Aksi `Comolot` Dengan Drama TV

PELAKON dan model Ahya Rosli mempertahankan perbuatannya berkongsi foto dia mencium isteri, Shahirah Sanusi di media sosial sungguhpun menerima kecaman netizen.

Malah Ahya, 32, mempersoalkan mengapa masyarakat berdiam diri menonton aksi bercuvmbu pelakon lelaki dan wanita secara terbuka di televisyen.

“Kalau berlakon dalam TV boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu, tapi kalau cium isteri yang betul (ikatan sah) tak boleh letak dalam Instagram.

“Dia kata Islam tak ajar… Pakai otak la sebelum cakap dengan aku. #ciumisteripunnakviral #bagaitakadakerja #netizenjugabest,” katanya.

Anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri ini memuat naik paparan skrin artikel yang menggunakan fotonya bersama isteri menerusi Instagram pada Selasa.

Ahya dan isterinya, Shahirah Sanusi mendirikan rumah tangga pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju bahawa tiada salahnya bagi pasangan suami-isteri bermesraan namun aksi tersebut tidak sepatutnya dijadikan tontonan umum.

“Tak salah pun laki bini (suami isteri) bercium. Yang salah kat sini anda dikenali. Anda muat naik di Instagram, semua tengok, tak sedap tu. Tak jadi isu pun kalau tak post.

“Tak salah tapi yang tengok Instagram zaman sekarang ni bukan orang dewasa sahaja tapi anak-anak kecil. Bayangkan waktu mereka lihat foto tersebut, apa yang mereka akan fikirkan.

Ada satu komen di IG Ahya,

SYA NAK AJAK SUAMI NANTI LAH ..BUAT S3KS KAT DATARAN MERDEKA..PASTU BUAT VIDEO BUH LAM INSTAGRAM KU…HALAL KOT…APA NAK HERAN ..KAN..

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang menyokong kenyataan Ahya dan menganggap seorang suami terbaik tidak malu menayangkan kemesraan bersama isteri di hadapan umum.

“Aku nasihatkan kau supaya teruskan cium isteri kau bro… lepas tu post je lantak la orang busy body ke apa. Suami terbaik adalah suami yang tak malu nak cium isteri depan orang ramai.

“Boleh pergi kecam artis-artis yang belum halal tapi bersentuhan. Kalau rasa diri tu belum sempurna, jangan tahu nak kecam orang. Nak tegur, DM bukannya duk komen.

“Setuju! Jadi diri sendiri. Biar orang nak kata apa,” komen beberapa pengikut di laman sosial yang menyokongnya.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Netizen Minta Ahya Rosli Tayang Lebih Dari Gambar Bercium, Ahya Pertahankan Aksi `Comolot` Dengan Drama TV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*