Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dah Berakhir? Apa Kata Mimi Lana?

Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan hubungan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sudah berakhir.

Mengulas tentang perkara tersebut, Mimi Lana menafikan khabar angin itu dan menganggap ia hanya andaian netizen.

“Kami masih okay. Masih berkawan seperti biasa. Saya tidak ada apa-apa lagi hendak dikatakan kerana cerita itu pun keluar dari mereka (netizen).

“Mereka yang buat cerita tu. Mengapa berita macam itu timbul pun saya tak tahu kerana tak boleh nak ‘control’ apa yang mereka fikir.

“Jadi, terpulanglah kepada mereka. Saya akan hanya akan fokus kepada kerja dan lakukan apa yang saya suka,” katanya.

Mimi Lana ditemui wartawan HLive! ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur  yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada Jun lalu, Mimi dan Syafiq mendedahkan hubungan cinta mereka yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu.

Pasangan ini bagaimanapun lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka menceritakan tentang hubungan mereka.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dah Berakhir? Apa Kata Mimi Lana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*