(Video) Aksi Sharifah Sakinah Di KLFW 2019 Menjadi Tumpuan Orang Ramai

Islam amat menitik-beratkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pergaulan atau percampuran bebas antara lelaki dan wanita dapat memberi kesan kepada keruntuhan moral ummah.

Sering kita dengar istilah kawan, adik, kakak dan abang angkat atau apa saja istilah digunakan merujuk kepada hubungan sosial.

Bagi yang pernah menonton drama bersiri Girlfriend Dari Neraka sudah pasti mengenali dengan pelakon Sharifah Sakinah. Malah gelagat spontannya juga jadi perhatian ramai.

Sakinah ada menghadiri pertunjukkan fesyen KL Fasion Week 2019.Ramai peminat-peminat fesyen tanah air menyaksikan koleksi terbaharu oleh pereka fesyen tempatan kegemaran mereka, juga untuk melaram sakan semasa minggu fesyen itu.

Pertunjukan KLFW kali ini menampilkan 80 pereka tempatan yang menggabungkan pereka fesyen baharu dan juga sedia ada. Antara jenama pereka yang akan membuat kemunculan kali ini ialah Mimpi Kita, Afiq M, Alia Bastamam, Neonate, Ezzati Amira dan Innai Red.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah ketika pereka tempatan Afiq Mohamed naik ke pentas,Sharifah Sakinah tanpa segan silu melompat dan memeluk Afiq Mohamed.Orang ramai turut bersorak ketika itu.

Kita semua tahu yang Sharifah Sakinah sudah pun berumahtangga, dan aksi seperti ini kurang manis dipandang.Walaupun terdapat tag BFF(kawan baik) namun batas perlu dijaga. Atau pun mereka ini seperti adik beradik ke, bersangka baik jelah.

Syariat Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan ia mengikut lunas dan prinsip ditetapkan syarak. Malah, Islam menggalakkan pergaulan sihat dan membuahkan manfaat kepada mereka.Pergaulan sihat itu mengambil kira batas mahram dan juga jenis aktiviti yang dijalankan.

Pergaulan itu ada dua jenis iaitu pergaulan sesama jenis dan pergaulan berlainan jenis.Jenis kedua itu yang sering menimbulkan masalah. Islam mengharuskan penyertaan berlainan jantina atas asas menuntut ilmu pengetahuan dan melakukan aktiviti berfaedah dengan menjaga adab pergaulan yang tidak bertentangan dengan syariah.

Be the first to comment on "(Video) Aksi Sharifah Sakinah Di KLFW 2019 Menjadi Tumpuan Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*