“Bukan Nak Bagi Kata-Kata Baik, Tambahkan Tekanan Lagi Ada…”- Nina Iskandar Tutup Komen Ig

Pelakon Nina Iskandar mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG)nya kerana tidak mahu terganggu dengan komen negatif warga net.

Nina kini yang sedang hamil tiga bulan berkata, dia melakukan demikian kerana mahu menjaga bayi dan kandungannya.

“Saya kena banyak bersabar. Segelintir netizen ini sangat menguji tahap kesabaran saya. Macam-macam saya dapat. Biasalah, mereka suka buat spekulasi.

 “Mereka bukan nak bagi kata-kata yang baik, malah menambahkan tekanan lagi yang mana ia tidak bagus untuk kehamilan.

“Jalan terbaik ialah saya tutup saja ruangan komen. Barulah rasa tenang sikit. Mereka seolah-olah lebih tahu kehidupan kita berbanding tuan empunya badan sendiri,” katanya.

Nina yang popular menerusi drama Andainya Takdir berkata, dia dijangka bersalin awal tahun depan.

Nina berkata, sekarang ini dia masih berlakon selain sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan.

“Alhamdulillah, dapat juga saya berasa macam mana perasaan seorang ibu mengandung. Semuanya okey dan keluarga saya banyak memberi semangat dan nasihat sebab ini pengalaman pertama saya jadi banyak perkara saya tidak tahu.

“Saya kena kurangkan aktiviti, jaga emosi dan tak boleh banyak tekanan. Dalam masa sama, saya juga sibuk menjalankan perniagaan produk Aura Kasih. Alhamdulillah, tidak ada sedikit kesulitan pun. Alahan pun tidak ada,” katanya.

Terdahulu, Nina bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu.

Perkara itu dikongsi Nina menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram @ninaiskandar
 

Be the first to comment on "“Bukan Nak Bagi Kata-Kata Baik, Tambahkan Tekanan Lagi Ada…”- Nina Iskandar Tutup Komen Ig"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*