Memalukan !! ‘Terkejut Tengok Longokan Sampah’ Ini Teguran Padu Pelancong Switzerland Tentang Tahap Kebersihan Negara Kita

0
186

Malaysia amat bertuah kerana mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya bagi pelancong yang ingin melihat keindahan semula jadi dan persekitaran hijau seperti Taman Negara, pulau-pulau dan banyak lagi tempat.

Rakyat Malaysia khususnya golongan belia perlu memainkan peranan dalam memelihara alam semula jadi bagi memastikan ia terus kekal untuk diterokai bukan sahaja oleh pelancong, bahkan untuk generasi akan datang. Untuk menarik lebih ramai pelancong pada tahun ini dan tahun- tahun akan datang, kita perlu meningkatkan kemudahan pelancongan dan infrastruktur termasuk meningkatkan kebersihan persekitaran.

Rakaman video dari seorang pelancong dari Switzerland ini menarik perhatian orang ramai. Dia yang merupakan seorang penunggang basikal menegur tahap kebersihan di satu kawasan dimana terdapat longgokan sampah. Dia juga menyatakan kawasan kampung itu memang indah tetapi longgokan sampah itu menyakitkan mata dan meminta pihak yang sepatutnya berbuat sesuatu mengenainya.

Pelancong ini juga menyebut bahawa di Switzerland, perkara seperti ini tidak akan terjadi dan akan disaman jika buang sampah merata-rata. Dia juga membandingkan tahap kebersihan Malaysia dengan Singapura. Di juga ada menyebut tentang satu insiden di Cameron Highland dimana dia melihat pemandu kereta buang sampah dari kereta.

Walaupun cara pelancong ini menegur agak kasar, namun ada betulnya dan harap-harap semua orang dapat membuka mata dan tingkatkan lagi tahap kebersihan di negara kita.

Isu kebersihan bukanlah isu yang baru, bermacam-macam kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga kebersihan negara. Walaupun ada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal kebersihan negara tapi itu tidak bermakna kita boleh lepas tangan.

Contohnya, jika dilihat kawasan-kawasan perumahan kos rendah, isu sampah dan kebersihan seperti sudah tidak ada penyelesaiannya lagi.

Penduduk seolah-olah mengharapkan pekerja kebersihan semata-mata dan sama sekali tidak mempedulikan arahan agar tidak membuang sampah merata-rata dan sesuka hati.

Lihat sahaja bumbung rumah-rumah ini, cukup mustahil untuk melihat bumbung yang tidak bersampah. Botol minuman, kotak, malahan pampers bayi turut dicampak sewenangnya kebawah seperti orang yang tiada adab dan nilai. Bilakah mentaliti masyarakat kita dapat diubah? Bagaimana kita hendak mencapai status negara maju jika hal kebersihan negara masih ditahap yang terendah?

sumber: Monyethijau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here