“Berlakon Dengan Bekas Suami Dalam Filem Baru” – Ini Komen Vanidah Imran

Aktres jelita, Vanidah Imran bergandingan dengan bekas suaminya, pelakon Rashidi Ishak dalam filem terbaru yang berjudul Daulat.

Filem dengan genre ‘political thrii ller’ ini baru sahaja selesai penggambaran dan bakal ditayangkan pada awal tahun 2020.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam filem ini dan bergandingan dengan bekas suami, pelakon filem The Red Kebaya ini bersikap profesional.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan bekas suami. Hubungan kami memang sangat profesional dan tidak kisah jika kami bekerja bersama.

https://www.instagram.com/p/Bzme6ouHbzJ/?utm_source=ig_web_copy_link

“Sebelum ini pun, ketika kami masih bergelar suami isteri dan menjalani penggambaran di set yang sama, kami tidaklah duduk berdua sahaja. Hubungan kami memang sentiasa profesional kerana kerja adalah kerja,” katanya.

Vanidah dan Rashidi yang mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 telah berpisah pada 9 Ogos 2018 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Tambah Vanidah, dia dan bekas suami turut menjalani sesi ujibakat sebelum mendapat watak yang mereka jayakan dalam filem Daulat.

“Semua menjalani sesi ujibakat, saya, bekas suami dan pelakon-pelakon lain. Andai kata jika saya tak profesional dan tak mahu dia bergandingan dengan saya, saya seakan menutup periuk nasi dia.

“Sedangkan sumber rezeki kami memang akan diberikan kepada tempat yang sama, iaitu untuk anak-anak kami yang sedang membesar. Jadi, tidak wujud masalah untuk bergandingan dengan bekas suami,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Vanidah bakal mewakili Malaysia dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi).

SUMBER

Be the first to comment on "“Berlakon Dengan Bekas Suami Dalam Filem Baru” – Ini Komen Vanidah Imran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*