Pendedahan Sharifah Sakinah Menghid4p d1sleksia, ADHD Yang Ramai Orang Tak Tahu

PELAKON Sharifah Sakinah mendedahkan dia merupakan penghidapp disleks1a tahap ringan yang turut memiliki ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 30, dia menyedari perkara itu hanya selepas dia menamatkan persekolahan.

“Saya ada masal4h tumpuan singkat… jadi sukar untuk fokus dalam melakukan tugasan harian, walaupun hanya untuk berbual panjang.

“Saya suka baca buku tetapi tidak mampu untuk menghabiskan mana-mana buku pun. Menonton filem pun separuh-separuh, menaip pun mesti typo teruk.

Sakinah mendedahkan menghidap Disleksia dan turut memiliki ciri-ciri ADHD

“Selepas tamat persekolahan baru saya sedar ada ciri-ciri ADHD dan mild Dyslexiaa,” ujarnya.

Bercerita lanjut Sakinah berkata, berbanding individu normal lain, pelbagai usaha diambilnya untuk menjadikan dia lebih fokus termasuk meneliti pengambilan makanan.

“Kalau dahulu keluarga orang Melayu jarang nak ada kesedaran mengenai perkara ini… tapi sekarang saya tukar hyper kepada senaman. Saya berlari sebelum membaca, sebelum shooting atau apa-apa majlis.

“Ia membantu saya untuk lebih fokus. Makan pun jaga… saya kurangkan pengambilan tenusu dan daging sebaliknya ambil lebih banyak buah-buahan.

“Sekarang saya belajar untuk meditasi bagi membantu saya lebih tenang dan sabar. Banyak usaha perlu diambil untuk buat saya rasa lebih normal bagaimanapun ia berbaloi,” ujarnya.

Sakinah sebelum ini sering menjadi perhatian netizen berikutan tindakannya yang kerap mengundang kritiiikan netizen.

SUMBER

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Pendedahan Sharifah Sakinah Menghid4p d1sleksia, ADHD Yang Ramai Orang Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*