Selamber Lelaki Ini Buang Pampers Anak Atas Kereta Orang Lain. Kantoi Sebab Kereta Tu Ada Dashcam

Sebelum anda (pembaca) mula naik minyak, kejadian ini bukan berlaku di dalam Malaysia. Ia berlaku di negara jiran kita, Singapura dan ia berlaku pada 24hb. Takut ada yang cakap ini video lama plak .. Video disediakan di bawah artikel ye.

(Video) ‘Nak famous kan? Meh aku bagi ko famous’ – Bapa buang diapers di belakang kereta orang, dirakam dashcam

Viral di media sosial ketika ini video seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab melakukan onar terhadap kenderaan lain dirakam kamera dashcam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Ogos di tempat letak kereta Tampines Mall, Singapura, lelaki itu tanpa sebarang rasa bersalah membuang lampin pakai buang anaknya di belakang kereta pengadu.

“Lihatlah pemandu yang tidak bertanggungjawab ini yang membuang lampin pakai buang anaknya di kereta saya.

“Selepas berbuat demikian, dia pandang sekali lagi ke arah kereta saya dan menyedari ada kamera belakang yang merakam jelas wajahnya.

“Kalau dia mempunyai rasa bertanggungjawab, dia akan ambil semula lampin itu dan buang ke tempat yang sepatutnya berbanding membuangnya di kereta ornag lain.

“Kalau nak buat jahat pun, pastikan tiada orang di sekeliling. Tetapi dalam kes ini, awak tak bernasib baik. Nak jadi famous? Biar saya buat awak jadi famous,” kata pengadu.

Met an inconsiderate driver who threw his child’s used diapers onto my car. After doing his deed, he took a 2nd look and realised that I have a rear car cam looking right at his face. If he was wise enough, he would have taken the diaper and threw it away, heck, even if keep in his car and throw when convenient also better then leaving it on other people’s car.

If u want to do such disgusting things, make sure no one is around. In this case, ur luck ran out coz u met me. You want to be famous? Let’s make u famous.

Update: For those who are in doubt, this happened today (24 Aug) at Tampines Mall carpark.

A report has been made to NEA.

#SJV3941E #dirtybombom

Sumber: Jonathan Lee via The Reporter

 

Be the first to comment on "Selamber Lelaki Ini Buang Pampers Anak Atas Kereta Orang Lain. Kantoi Sebab Kereta Tu Ada Dashcam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*