Persis Model Dan Menjadi Bualan Hangat! Ramai Tak Percaya Ini Anak Saudara DS Siti Nurhaliza. Caiir tengok!

Baru-baru ini anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania menjadi bualan hangat netizen kerana mempunyai rupa paras yang cantik meskipun baru berusia 22 tahun. Yang paling tidak disangka, Marissa menerima banyak lamaran melalui DM ayahnya di instagram.

Terbaru, anak saudara penyanyi no 1 negara Dato’ Siti Nurhaliza pula menjadi tumpuan netizen. Memang cantik saling tak tumpah seperti ibunya Saida. Caiir tengok!

Anak sulung kepada penyanyi, Saida ini viral di media sosial selepas gambarnya tersebar. Raut wajahnya yang cantik persis ibu dan ibu saudaranya Dato’ Siti Nurhaliza membuatkan  Siti Nurunnyssa menjadi bualan hangat.

Mempunyai 20k pengikut di instagram, sebuah portal melaporkan Nurunnyssa pada satu ketika dahulu terpaksa menukar akaun instagram ke private kerana ramai yang menyalahgunakan gambar untuk menjadi bahan bualan di forum.

Ternyata kecantikan yang dimiliki Nurunnyssa diwarisi oleh ibu dan Mak Iti sendiri. Macam orang dulu-dulu cakap, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. Betul tak?

Kami yakin Nurunnyssa pasti mempunyai suara yang merdu juga kan?

Sumber : Instagram Nyssa Nk

Anak Saida Jadi Perhatian Kerana Miliki Wajah Cantik

PETALING JAYA: Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 19, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 40, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya kepada mStar Online.

Saida (kiri) bersama anak sulungnya, Nurunnysa.

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Mengenai perkembangan lain, Saida bakal muncul dengan single lagu baharu berjudul Setia, dengan menampilkan penyanyi Maya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari.

Katanya, memilih Maya sebagai rakan duet juga adalah pilihan yang tepat kerana kedua-dua mereka kerap menyanyi bersama dan mempunyai keserasian antara satu sama lain.

“Sudah lama saya tidak muncul dengan lagu baharu dan tahun ini saya mahu lebih aktif dalam nyanyian dengan menampilkan lagu Setia, ciptaan Adi (6ixth Sense).

“Saya dan Maya pula adalah teman baik dan kami kerap berduet bersama apabila menjayakan beberapa buah acara.

“Keserasian pun dah ada jadi apa salahnya kita cuba berduet bersama. Sekiranya lagu tersebut mendapat sambutan, saya akan tampil dengan lagu solo pula,” ujarnya.

SUMBER

Be the first to comment on "Persis Model Dan Menjadi Bualan Hangat! Ramai Tak Percaya Ini Anak Saudara DS Siti Nurhaliza. Caiir tengok!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*