Sebelum ini hangat dengan isu kenyataan kontroversi dari penceramah bebas, DZN yang telah membuatkan ramai pihak tampil bersuara. Terdapat beberapa individu bertindak menyokong gesaan supaya kerajaan menghantar DZN pulang ke India termasuk YB Syed Saddiq.
Terbaru, menerusi laman Twitter Menteri Belia Dan Sukan itu dimuatnaik beberapa foto bersama DZN telah undang reaksi netizen.
DZN sudah minta maaf
Syed Saddiq telah menjemput DZN untuk makan malam bersama di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya, hanya sepuluh hari selepas menteri itu menggesa supaya DZN dihantar pulang susulan ucapan kontroversinya baru-baru ini.
Menerusi Tweet itu, Syed Saddiq mengakui setiap manusia sering melakukan kesilapan dan penceramah bebas dari India itu telah pun memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini.
Kesatuan kita adalah kekuatan kita
Syed Saddiq turut menyeru agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum terus bersatu demi mencapat keharmonian negara. Tambahnya lagi, Menteri Belia Dan Sukan itu menasihati agar tidak perlu lagi mengeruhkan keadaan dan biarkan perkara yang sudah berlalu.
DZN tak buat salah pun
Biarkan dia buat ceramah
Sumber: Syed Saddiq via Ohbulan
Be the first to comment on "‘Tidak Perlu Mendabik Dada’ – Foto ‘Damai’ Syed Saddiq & DZN Undang Reaksi Netizen"