‘Saya Tak Nak Kecoh-Kecoh.. Akan Sam4n Beliau Dalam Senyap. – Aliff Syukri

Usahawan selebriti yang baru saja muncul menerusi single terbaru, Cowok Baru, Datuk Seri Aliff Syukri menempel4k tindakan individu yang ibarat cuba menjatuhkan maruah dengan menyatakan pendapat tanpa usul periksa berkenaan dengan pendiriannya untuk cuba membantu gadis 0bes seberat 220 kilogram, dikenali sebagai Wanie, baru-baru ini.

Katanya kepada MH, dia hanya pasang niat untuk membantu. Bagaimanapun ada pihak yang memberi komen tanpa bertanya terlebih dahulu.

View this post on Instagram

antar usaha saya tolong wani utk dapatkan rawatan di hospital terebih dahulu…….sebab dia x boleh berjalan dan keadaan dia agak teruk dan atas nasihat dr kami megambil tindakabg mengelakkan ketagihan makan wani yg agak tinggi……seblum apa apa tindakan dilakukan. . . Anda bayangkan tanpa bantuan sesiapa… abang datang daripada Kuala Lumpur ke negeri Pahang demi memberi bantuan iklas tpi bila dah viral ada org yg menghina dan kecam abg😥😥😥 korang bygkan.. Dari rumah terpaksa guna ambulans nak bawa dia dapatkan rawatan dan team saya sedaya upaya membantu beliau dan keluarga yg kurang berkemampuan……sayang usia nya yg muda dihabiskan dalam keadaan tidak berdaya utk membuat sebarang pekerjaan…abang harap bila wani dah sihat dah boleh jalan mcm orang biasa tak minta balasan pun cuma doakan abang berjaya dunia dan akhirat….jom sama2 kita doakan wani sihat dan boleh berjalan!!! siapa yg fitnah abg lebih2 kata abg ambik kesempatan tu bawalah2 bertaubat……..kalau bab mengeji semua serah kat korang!!! Kadang kala bang sedih niat baik abang disalah ertikan bagi abang tak apalah orang yang menghina apa itu biar Allah saja yang balas jangan sampai abang buat tindakan 😡

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Saya ni nak menolong, lepas tu adalah seorang doktor ni yang gil4 glamor sangat mengutuuk saya. Kalau kau rasa kau baik sangat, kau pergi bawa gadis berkenaan, pergi bayar.

“Saya sudah bayar hingga berpuluh ribu untuk temukannya bersama pakar terlebih dahulu, bukan terus tonyoh ub4t kurus. Kena jumpa dulu dengan doktor, bayar bayar ambulans dan kepeluannya ketika itu.

“Ini awak terus menghakimi saya, ia macam satu penyiiksaan kerana rasanya anda tidak patut berbuat begitu, ibarat menjatuhkan maruah. Sedangkan saya bawa jumpa doktor, minta periksa dulu,” jelas Aliff.

Pada masa sama, Aliff turut rasa hairan apabila kisah Wanie mulai dikongsi di media sosial, ramai pula dilihat seperti mahu ambil kesempatan hingga Aliff terfikir untuk menyam4n pihak tertentu atas hal yang berlaku.

“Mentang-mentang budak tu sudah dikenali orang macam mahu ambil kesempatan. Tidak mengapalah sebab saya tidak dapat apa-apa pun dan saya kemungkinan besar akan sam4n beliau dalam senyap. Saya tak nak kecoh-kecoh…tunggu,” tegasnya lagi.

“Ingat tau saya ni bukan orang biasa yang hanya tengok kena m4ki aku senyap. Saya pun tak akan kecoh-kecoh nak kan publisti ‘aku sam4n orang’, tapi tunggu. Wait and see,” akhirnya.

Terdahulu, Aliff ditemui media pada sidang media pelancaran muzik video Cowok Baru di Wisma Dherbs Holding, Kota Damansara pada Rabu.

Lagu yang berada dibawah pengurusan Datu Entertaiment itu juga bakal diperdengarkan ke pasaran Indonesia. Cowok Baru turut menampilkan dua penyanyi seberang iaitu Lucinta Luna dan Upiak.

Cowok Baru sudah boleh didapati di semua platform digital muzik bermula semalam.

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "‘Saya Tak Nak Kecoh-Kecoh.. Akan Sam4n Beliau Dalam Senyap. – Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*