(VIDEO) ‘Ehh,Dulu Umum Bersara Bagi Alasan Nak Jaga Anak’, Tapi Lepas 6 Bulan Ajak Shiro Kembali Ke Konti Radio? Ini Komen Ajak

KEHADIRAN Ajak Shiro menghiasi segmen Team Pagi Di Suria di Suria FM bersama penyampai Fizi Ali dan Issey Fazlisyam menimbulkan tanda tanya sama ada pelawak itu sudah kembali ke konti radio.

Namun kata Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 33, tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjadi alasan utama untuk dia menerima sebarang tawaran kerja termasuk sebagai penyampai radio.

“Selepas mengumumkan bersara daripada stesen radio Hot FM Januari lalu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan anak-anak di rumah, pernah juga terdetik mengapa saya dah ‘pencen’ sedangkan mereka masih muda. Sepatutnya saya kerja keras untuk masa depan mereka.

“Tipulah kalau tak rindu dunia radio, namun ia sedikit terubat apabila saya dijemput menjadi penyampai jemputan bersama stesen radio Suria FM sepanjang minggu ini.

SUMBER

Terdahulu…

Ajak Shiro umum berhenti jadi DJ Hot FM

Ajak

KUALA LUMPUR – Pelawak Ajak Shiro mengumumkan dia tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai penyampai radio di stesen Hot FM yang akan tamat pada penghujung Februari depan.

Jelas Ajak, keputusan itu dibuat kerana ingin menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sementelah dalam tempoh tiga tahun bergelar penyampai, dia langsung tidak berkesempatan untuk mengambil sebarang tawaran berlakon.

“Jadual kerja di stesen radio sangat padat, malah untuk hari hujung minggu pun kadang-kadang saya perlu mengikuti pelbagai program luar. Boleh dikatakan saya langsung tiada hari cuti.

“Saya akui sangat gembira bekerja di stesen radio tetapi sepanjang tiga tahun ini, ada perkara yang membuatkan saya sedikit kesal kerana tidak pernah berkesempatan menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan waktu masuk bekerja adalah awal pagi.

“Jadi apabila tamat kontrak nanti, saya akan ambil masa untuk berehat seketika dan makan dengan lebih banyak sebab sekarang badan agak kurus. Selepas itu saya akan kembali fokus dengan dunia lakonan,” katanya ketika sidang media selepas kumpulan Shiro diangkat selaku juara Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) malam tadi.

Sebelum ini, Ajak mula bergelar penyampai radio di stesen Hot FM pada 2016 dan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk Sahar dan Fizie yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi. – K! ONLINE

SUMBER

Be the first to comment on "(VIDEO) ‘Ehh,Dulu Umum Bersara Bagi Alasan Nak Jaga Anak’, Tapi Lepas 6 Bulan Ajak Shiro Kembali Ke Konti Radio? Ini Komen Ajak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*