Terkejut Kilafairy Bila Chris Brown Tetiba Ikut Dia Di Instagram. Rupanya Ini Sebab Kenapa Kilafairy Diikut

KUALA LUMPUR: Sekian lama mengagumi bintang antarabangsa, Chris Brown, Kilafairy tidak menyangka penyanyi Amerika Syarikat itu mengikutinya semula di laman Instagram.

Sejak kelmarin, pelakon dan penyanyi terbabit berkongsi keterujaannya apabila bekas kekasih Rihanna yang turut bergelar ahli perniagaan itu turut memberi reaksi terhadap gambar dikongsinya di IG Story.

ADAKAH INI SEBAB CHRIS BROWN FOLLOW KILAFAIRY?

“Ketika itu, saya memuat naik gambar memakai baju jenama keluaran Chris, iaitu Black Pyramid, di IG Story.

“Tidak semena-mena, dia memberikan reaksi ‘like’ kepada IG story berkenaan.

KILAFAIRY antara artis yang diikuti oleh Chris Brown di Instagram.

MEMANG TERKEJUT BILA ARTIS ANTARABANGSA FOLLOW DI INSTAGRAM

“Beberapa jam selepas itu, saya sangat terkejut kerana dia turut mengikuti saya semula di laman sosial terbabit,” kata anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini.

Kilafairy yang pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa, Sean Kingston, dan DJ Aku Ash menerusi lagu Put The Word In, berkata hingga saat ini, dia tidak dapat melupakan detik itu.

“Selain terkejut, rasa teruja dan macam bermimpi pun ada sebenarnya. Dia memang antara penyanyi antarabangsa kegemaran saya.

“Semua orang tahu, dia antara legenda muzik masa kini. Menariknya, dialah artis antarabangsa pertama yang menyaksikan kami saling mengikuti di Instagram,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Untung kilafairy, min pon takde artis follow .. haha!

Be the first to comment on "Terkejut Kilafairy Bila Chris Brown Tetiba Ikut Dia Di Instagram. Rupanya Ini Sebab Kenapa Kilafairy Diikut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*