Ayah Ini Terpaksa Merempat Di Kaki Lima Demi Jaga Anak Terlantar Dalam ICU

Pernah tak korang terfikir nak menyapa orang yang tidak dikenali? Bila dah mula bercerita, rupanya ada kisah yang berat ditanggung oleh mereka.

Kejadian ini dialami sendiri oleh seorang pemuda, Armyn Syahh selepas bertemu dengan seorang pakcik yang disapa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menerusi perkongsian di laman Twitter.

Katanya menerusi bebenangpakcik tersebut berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Sudah hampir sebulan duduk merempat di ibu kota kerana terpaka menjaga anak yang berada dalam wad ICU di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan anaknya terlibat dalam kemalangan motosikal dan merupakan seorang pelajar tahun akhir peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

https://twitter.com/armynsyahh/status/1164620134851330048

 

Tidak lama selepas itu, Armyn pergi semula TBS untuk mencari pakcik tersebut dengan harapan dapat membantu dengan lebih baik.

Tapi kata pemuda berkenaan, dia tetap bersangka baik dengan pakcik tersebut dan berharap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber : Armyn Syahh.

Be the first to comment on "Ayah Ini Terpaksa Merempat Di Kaki Lima Demi Jaga Anak Terlantar Dalam ICU"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*