Empat hari tanpa internet, pasangan baru kahwin ini akhirnya tiba di lokasi ‘belakang’ duit RM100.. Woww Kat Mana tu

PENGEMBARAAN sepasang suami isteri ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak ternyata membawa 1001 kenangan.

Selain menikmati panorama indah, mereka juga sempat merakam foto di kawasan Gunung Api yang menjadi penghias kepada bahagian belakang wang kertas RM100.

Bercerita kepada mStar, pasangan Iqbal Fatkhi dan Syazana Yazid, mengakui masih lagi mengalami sak1t-sak1t badan selepas kembali dari destinasi percutian itu, Rabu lalu. Menurut Syazana, dia menanam hasrat untuk menawan Gunung Api memandangkan pernah mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, sekitar dua tahun lalu.

“Ia memang ada dalam bucket list saya. Dua tahun lepas pernah naik Gunung Kinabalu. Orang kata, Gunung Ap1 lagi mencabar, sebab tu saya nak cuba.

“Rasa puas hati bila berjaya sampai ke puncak. Pasal view saya tak kisah sangat. Bila dah dapat sampai, rasa bangga pun ada.

“Lepas ni mungkin nak pergi daki gunung di Nepal pula. Kat sana pun banyak gunung yang lawa-lawa,” ujar jurutera berusia 25 tahun itu.

Sebelum turun tu, pemandu arah bagitahu pasal duit kertas RM100. Kami pun baru tahu. Jadi, kami keluarkan duit dan ambil gambar.

IQBAL

Kata Syazana lagi, perjalanan ke puncak Gunung Ap1 mengambil masa selama empat jam dan mereka perlu meneruskan enam jam lagi perjalanan untuk turun. Pasangan itu bermalam di tapak perkemahan di sekitar gunung itu selama tiga hari, bermula Ahad lalu.

Bercerita lanjut mengenai paparan di wang kertas RM100 itu, Iqbal, 26 berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenai paparan dalam wang kertas itu sewaktu berada di puncak Gunung Ap1.

Perkongsian Iqbal yang tular di Twitter.

“Sebelum turun tu, pemandu arah beritahu pasal duit kertas RM100. Kami pun baru tahu. Jadi, kami keluarkan duit dan ambil gambar,” ujarnya. Tambah Iqbal lagi, dia juga tidak sangka perkongsian foto itu menerusi laman Twitter akan menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, ia menerima lebih 6,600 perkongsian daripada pelayar Twitter.

Mendirikan rumah tangga sekitar dua bulan lalu, Iqbal yang bertugas sebagai wartawan menyifatkan perjalanan ke Gunung Ap1 sebagai mini honeymoon mereka. Baru-baru ini, mereka sempat bercuti bersama ke Pulau Pinang dan Vietnam.

Selepas Gunung Ap1, mereka akan meneruskan perjalanan ke Bangkok, Thailand pula.

sumber : mstar

Be the first to comment on "Empat hari tanpa internet, pasangan baru kahwin ini akhirnya tiba di lokasi ‘belakang’ duit RM100.. Woww Kat Mana tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*