Rita Rudaini “Bersuara” Bila Dikaitan Dengan Bekas Suami Aidil Zafuan,Ini Komen Padu Rita

Pelakon Rita Rudaini mengakui kesal apabila ada pihak yang sering mendakwa dia sengaja mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan sehingga sekarang di media sosial.

Menurut Rita, sejak bercerai enam tahun lalu, dia tidak pernah mengaitkan lagi dirinya dengan bekas suami namun hanya berkongsikan tentang kisah anak-anaknya di media sosial.

“Kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu dan saya tidak pernah sesekali berkongsi mengenai kisahnya di media sosial sejak itu lagi.

“Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. Apabila saya kongsikan mengenai anak-anak mereka akan kaitkan posting tersebut dengan bekas suami.

“Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya?,” katanya kepada Gempak.

Tambah Rita dia berharap agar netizen dapat menghentikan perbuatan tersebut memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri.

“Bagi saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarganya sendiri sekarang,” ujarnya.

Rita berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Buka Panggung, di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. 

Dalam perkembangan terkini, Rita akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.

All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Datin Seri Umie Aida
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay

All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya

All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina

All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies

All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen

Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

sumber

Be the first to comment on "Rita Rudaini “Bersuara” Bila Dikaitan Dengan Bekas Suami Aidil Zafuan,Ini Komen Padu Rita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*