Bil Elektrik Cecah RM1,000, Fizz Fairuz Terkejut Sebab Jarang Ada Rumah

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendakwa jumlah bil elektrik di rumahnya mencecah hingga RM1,000 dan terkejut dengan perkara terbabit. Jelas Fizz, dia musykil dengan jumlah bil elektrik rumahnya yang diterima kerana dia mendakwa jarang berada di rumah.

“Kita share sikit, sebab memang terkejut sangat-sangat sebab terlalu banyak.. Jarang ada rumah,tapi bill beribu…,” tulisnya.

Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri terbabit, dia memuat naik video bil elektrik rumahnya.

Fizz berharap agar pihak Tenaga Nasional Berhad mengambil berat tentang masalah jumlah takrif elektrik di rumahnya yang didakwa naik dengan tinggi.

“Harap #tnbmalaysia @tenaga_nasional tolong ambil berat sikit masalah saya ni… nak telefon bertanya jer dah satu jam tunggu, sambung sana sini.. akhirnya putus,kena hubungi balik..

“Hope sangat @tenaga_nasional amik port sikit masalah saya ni, saya tiada duit banyak nak support company korang,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berhadapan masalah yang sama.

“Samalah rumah kita kat Kuantan nie… Makin lama makin melambung bil api.. Macam pakai aircond.. Tervk dah TNB sekarang..” komen peminatnya.

Namun ada juga pengikutnya yang menyedari bil elektrik yang ditunjukkan Fizz itu tinggi kerana dicampur dengan jumlah tunggakan bil bulan terdahulu yang tidak dibayar.

“Maaf Datuk. Tengok pada bil tu, cas semasa 300++ je. Yg jdi kan 1000++ sbb termasuk caj tunggakan,” komen pengikutnya.

Pun begitu, Fizz belum lagi mendapat makum balas dari syarikat elektrik tersebut mengenai permasalahannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Bil Elektrik Cecah RM1,000, Fizz Fairuz Terkejut Sebab Jarang Ada Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*