“Saya Bukan Punca Aazief & Tyra Berpisah” – Sharifah Rose

Personaliti media sosial dan model sambilan Sharifah Rose menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca kepada Aazief Khalid dan kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman berpisah beberapa bulan lalu.

Jelas Rose, dia mengenali Azief melalui kenalannya sebelum ini dan percaya anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengalami proses putus cinta yang teruk.

“Apa yang terjadi antara Aazief dan Tyra tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak tahu apa yang terjadi antara mereka sebenarnya.

“Setahu saya mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu dan ia merupakan episod hitam putus cinta Aazief,” katanya kepada Gempak.

Rose ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Syaiful Baharim sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2019) di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, tambah Rose dia terkejut apabila fotonya bersama Aazief viral sejak pagi semalam.

“Gambar itu dirakamkan beberapa hari lalu dan kami sekadar berkawan. Saya kenalnya sudah lama dan kebetulan dia berada di Malaysia, jadi kami rancang untuk berjumpa.

“Jujur saya katakan pertemuan itu hanya pertemuan kasual, perjumpaan sebagai kawan semata-mata tiba-tiba orang viralkan hingga timbul salah faham. 

“Tiada yang serius pun antara kami berdua,” ujarnya.

Foto Aazief dan Rose berdua-duaan mulai tular sejak kelmari menerusi perkongsian di laman sosial Twitter hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra.

Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak dua bulan lalu.

Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.

Be the first to comment on "“Saya Bukan Punca Aazief & Tyra Berpisah” – Sharifah Rose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*