Peliknya… Jadi Penari Balet Lagu Patriotik, Iqram Dinzly Buat Hal Lagi!

Pelakon Iqram Dinzly sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila tampil menari memakai pakaian seakan-akan penari balet.

Iqram berbuat demikian menerusi ruangan Instagram (IG) Live buat tatapan pengikutnya di laman sosial terbabit.

Dalam video tersebut, Iqram memainkan lagu patriotik yang bertajuk Warisan – Anak Kecil Main Api dan menari dengan memakai skirt tutu bewarna hitam, sayap di bahagian dada serta kain layah di bahagian kepala.

Dalam video yang sama, Iqram juga kelihatan menangis kesedihan ketika bercakap mengenai cinta.

 

Meninjau ruangan mesej, rata-rata pengikut Iqram meninggalkan respon berbeza, ada yang mengkritik perbuatannya itu dan ada juga yang menghormati hak peribanya untuk melakukan apa yang disukai.

“Dulu elok machonya, sekarang pecah habis.

“Murung aku tengok.

“Janganla kecam, dia kan ada hak sendiri,” tulis netizen.

Imbas kembali, Iqram mulai aktif dalam kariernya sebagai pelakon sekitar tahun 2004, namun kerjayanya itu seakan terhenti mulai tahun lepas dan kini kerap tampil melakukan perkara pelik di media sosial.

Be the first to comment on "Peliknya… Jadi Penari Balet Lagu Patriotik, Iqram Dinzly Buat Hal Lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*