“Bila Mana Seseorang Individu Dijatuhkan Hukvman Mahk4mah Perlu Digantung Atau …..” – Zul Huzaimy Bersuara Isu Farid Kamil

Pelakon dan pengarah Zul Huzaimy mengakui mempunyai sebab tersendiri untuk menggugurkan jawatan Datuk Farid Kamil sebagai Naib Presiden Kelab Spark Malaysia.

Menurut Zul, keputusan itu dilakukan selepas Farid dijatuhkan hukuman pada bulan Mei lalu hasil perbincangan bersama ahli-ahli persatuan yang lain.

“Mengikut perlembagaan bila mana seseorang individu yang dijatuhkan hukuman mahkamah perlu digantung atau tidak lagi terlibat dalam persatuan, jadi saya berkuasa boleh buang dia daripada kumpulan.

“Jadi selepas melakukan perbincangan bersama ahli-ahli yang lain kami mengambil keputusan untuk menggugurkan jawatan Farid dan dia kini bukan lagi bergelar naib presiden kelab Spark Malaysia.

“Takkanlah kita nak ikonkan seseorang yang telah dijatuhkan hukuman. Walaupun kami rapat sebagai kawan namun apabila seseorang itu terlibat dengan kesalahan jenayah kami tetap akan buang juga walaupun individu itu adik saya,” katanya kepada Gempak.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Buka Panggung, di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Konflik terjadi diantara mereka berdua ini bermula apabila Zulhuzaimy mendakwa Farid melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

Akibat daripada itu Zul mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Remp-It 2 berikutan pengarah bersama iaitu Datuk Farid Kamil mahu menghasilkan filem sendiri. 

Sementara itu, jangan lupa Zul akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.
 
All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Datin Seri Umie Aida
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay
 
All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya
 
All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina
 
All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies
 
All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen
 
Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

sumber

Be the first to comment on "“Bila Mana Seseorang Individu Dijatuhkan Hukvman Mahk4mah Perlu Digantung Atau …..” – Zul Huzaimy Bersuara Isu Farid Kamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*